Ibnu Ahmad ialah nama panggilan dalam bahasa Arab yang bermaksud anak kepada Ahmad (Ayahanda). Meminjam nama ayah sebagai nama pena bertujuan memuliakan insan yang begitu berjasa besar dalam hidup.

Dalam masyarakat Arab sudah menjadi budaya mereka apabila si anak memakai nama ayahnya manakala si ayah akan menumpang nama anaknya seperti Ibnu Khaldun seorang tokoh cendekiawan Islam yang terkenal sedangkan nama sebenarnya ialah Abdurrhaman Abu Zaid Waliuddin bin Khaldun.

Moga nama ber’laqab’ seperti ini memberi kebaikan demi menghargai jasa ayahanda yang telah banyak berkorban. Demi terima kasih itu, saya menumpang nama ayah sebagai lambang kepada nama pena.

Al-Kurauwi  ialah sandaran kepada nama sebuah daerah kelahiran iaitu di Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak.

Damai sawah, parit, ikan sepat, udang, rumah atuk bagai melambai-lambai.

 

 

Kuala Kurau

 

Mukim Kuala Kurau adalah salah satu daripada 8 buah mukim dalam Daerah Kerian. Terletak di sebelah barat daerah Kerian iaitu di bahagian pantai menghadap ke Selat Melaka. Ianya bersempadan dengan Mukim Parit Buntar (Pekan Jalan Baru) dan mukim Tanjung Piandang (Pt. Telok Pial & Pt. Tok Hin) di sebelah utara. Bersempadan dengan mukim Bagan Serai (Pt. Sg Dungun) di sebelah timur. Bersempadan dengan mukim Selinsing (Sungai Gula) di sebelah selatan. Bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah baratnya.

Sejarah

Setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Namun berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ia dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu. Bermula daripada beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum.

Pada zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau).

Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama jenis (Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.

Bentuk Muka Bumi & Tanah

Bentuk fizikal muka bumi mukim Kuala Kurau adalah datar dan rendah. Tidak terdapat langsung bukit-bukau atau kawasan tanah tinggi. Di setengah-setengah bahagian kedudukan muka buminya lebih rendah daripada paras laut. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.

Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada Tanah Lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Semua tanah di mukim ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS.

Iklim

Mukim Kuala Kurau mempunyai iklim tropika yang lembap (humid tropical climate) yang mempunyai sukatan hujan yang boleh dikatakan tinggi dan perbezaan tempoh terang yang kecil. Hitung panjang bagi setahun hampir 2,500 mm (97 inci) dan sukatan yang tertinggi yang didapati dalam bulan April dan Oktober/November dan kurang dalam bulan Januari/Februari dan daripada Jun-Ogos.

Sungguhpun purata sukatan hujan setiap bulan adalah lebih daripada 50% (65% daripada bulan Februari) oleh kerana perbezaan yang tinggi, air tambahan diperlukan bagi kedua-kedua musim tanaman bagi memastikan operasi pertanian dapat dijalankan mengikut masa yang betul serta meninggikan dan kekerapan tanaman. Sebaliknya biasa di dapati hujan turun berlebihan dan tidak sesuai untuk pertumbuhan padi yang optimum.

Keluasan
Luas keseluruhan mukim Kuala Kurau ialah 45 batu persegi, atau 28,520 ekar (11,709.5 ha) mengandungi 12 buah kampung induk. Di tengah-tengah mukim ini mengalir Sungai Kurau sepanjang 16 km yang membelah mukim ini kepada dua bahagian (utara dan selatan) yang hampir sama keluasannya. Di bahagian utara mengandungi 11 buah kampung manakala di sebelah selatannya mengandungi sebuah kampung sahaja iaitu Kampung Kuala Gula.

PENTADBIRAN MUKIM KUALA KURAU

Mukim Kuala Kurau di tadbirkan oleh seorang penghulu dan seorang kerani penghulu, 12 orang ketua kampung dan 168 ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Pejabat penghulu mukim Kuala Kurau terletak di Jalan Besar, Pekan Kuala Kurau yang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang berfungsi sebagai pentadbir mukim Kuala Kurau, khususnya bagi PEMBANGUNAN dan PEMODENAN sektor luar bandar dengan tumpuan utama ke arah membawa peningkatan terhadap kesejahteraan EKONOMI dan SOSIAL penduduk-penduduk luar Bandar.

Di samping itu juga, ia dapat mewujudkan masyarakat luar Bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan memiliki nilai etika moral yang murni sejajar dengan hasrat wawasan 2020 yang mana masyarakat itu dapat menikmati tingkat kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Rujukan

http://kualakurau.pid.net.my ; www.pbase.com/kelvin_khor/kualakurau

 

46 Respon to “Profil al-Kurauwi”


  1. 1 Ujang 19 Jun 2007 at 12:43 am

    Assalamualaikum Ustad dah lama mencari baru jumpa rupanya tertinggal WWW kalau ada bahan baru tolonglah bagi tahu.

  2. 2 almazarian (atas"kfc") 11 Julai 2007 at 12:53 pm

    Assalamualaikum, GAWWAK! SHLUUNAK…min zaman ma syuftak guane kome weh? koi dah lame nak kontek awok tp xde no ajaknye nok jemput bg muhadharah kt tpt kawan ni…boleh no? k, assalamualaikum

  3. 3 kak long 9 Ogos 2007 at 5:13 pm

    salam orang kuala kurau…dah lahir penulis dari kampung kak long, tahniah…

  4. 4 Noremilia Natasya 5 September 2007 at 10:50 am

    Amboi, ustaz macam kenal…
    Tapi tahniah le sebab banyak informasi kat ustaz punya blog. Teruskan usaha anda…
    Good Luck.

  5. 5 Jaisy Arabi Mu'tah 1994 18 September 2007 at 3:13 pm

    Salam wbt. Shu akhbarak? eish loun i’yalak?

    tahniah sheikh, anta dan sampai ke tahap ini. rasa syukur ada sahabat2 dah jadi orang yang berbakti kepada agama dan tanahair.

    wsalam…

  6. 6 Farid nazmi 11 Februari 2008 at 10:26 pm

    Assalamualaikum ustaz. Saya Ahamad Farid Nazmi. Pelajar Kulaih Tibb Universiti Kaherah ingin meminta izin untuk menyiarkan cerpen Agresi di Genting Sakarat untuk majalah Persatuan Kebajikan pelajar2 Perubatan Malaysia Mesir. Ribuan Terima Kasih diucapkan oleh pihak kami. Wassalam

  7. 7 ibnuahmadalkurauwi 12 Februari 2008 at 11:29 am

    Waalaikum salam syeikh Farid Nazmi.

    Sangat berbesar hati menyumbang ‘rasa hati’ di dalam majalah tersebut (ada versi online kah?) Mohon kiranya dapat berikan sedikit kredit penyiaran (sudah pernah tersiar) dan alamat blog ana di situ.

  8. 8 munawirah 11 April 2008 at 11:27 pm

    oh maafkan ana ustaz,terpanggil akhi pula.

  9. 9 abuhasif 16 Mei 2008 at 3:02 pm

    salam perkenalan. tahniah buku ust Insyirah
    sangat menarik.

  10. 11 Rakan seperjuangan;Rohana Abdul Rahman 10 September 2008 at 8:37 am

    Assalamaualaikum wmwbt

    Saudara Azman (ustaz),
    Tahniah! bergelar penulis sekali gus memperkenalkan lagi nama kampung halaman Kuala Kurau. Rasa bangga saya kerana saya pun berasal dari tempat yang sama. Sejak berkhidmat di sini – sebumbung dengan ustaz, pertama kali saya berpeluang melawat ke blog ustaz ini. Ahah, berbaloilah saya katakan dengan membaca apa yang dicoretkan tu.. dan sebelum ini pun memang saya tercari2 jugak blog ustaz..
    Akhirnya harapan saya semoga ustaz;
    ‘Teruslah berkarya selagi hayat di kandung badan’.

    Orang kampung rasa bangga!

  11. 12 anak murid 31 Oktober 2008 at 12:44 am

    assalamualaikum ustaz.
    ustaz fazdi harun ad blog ke.kalau x keberatan,ana nak lawat blog ustaz fazdi.ana anak murid ustaz fazdi.syukrn

  12. 13 al-Kurauwi 31 Oktober 2008 at 4:02 pm

    Blog Ustaz Fazdi ni macam biskut. Sekejap ada sekejap tak ada. Ana pernah cari, tapi dah tak aktif (mungkin dibatunisankan) Anta boleh cuba cari, taip Fazdi Harun.

  13. 14 ONE - Sahabat Lama 6 November 2008 at 3:21 pm

    assalamualaikum…..
    alhamdulillah……..
    hari ini dibukakan hati untuk menghubungi sahabat lama yang lebih kurang 14-15 tahun tidak dihubungi…
    2-3 tahun kebelakangan ini ana hanya memerhati perkembangan penulisan ustaz…

    kalau di ingat kembali lebih kurang 14-15 tahun dahulu ana pernah berguru dengan ustaz…tapi bukan bidang penulisan….mungkin ustaz ingat lagi…..ustaz banyak mengajar ana menulis khat….khat rumi, dengan menggunakan pen artline yang pelbagai saiz dan bentuk….dengan ilmu khat rumi tersebutlah ana banyak gunakan untuk memikat isteri ana kini….banyak surat2 ana ditulis menggunakan khat tersebut…..

    kini….nampaknya ana kena berguru kebali dengan ustaz didalam bidang penulisan….bidang penulisan teknikal….hasrat ana untuk menzahirkan ilmu pengurusan dan kejuruteraan yang ana dalamai selama ini untuk dimanfaatkan kepada anak murid ana.moga ustaz dapat membimbing ana menulis dengan baik…

    salam….

  14. 15 al-Kurauwi 7 November 2008 at 2:45 pm

    Wa’alaikum Salam, Asmawan.
    Anta antara sahabat-sahabat yang tak lekang di kepala ana. Mungkin sebab berkat ilmu yang belajar; anak murid ingat kat tok guru.

    Banyak kenangan yang kita cipta bersama-sama di SMA al-Khairiah, Temerloh dahulu. Memandang tubuh al-Khairiah dari jalan, sayu menggigit-gigit jiwa.

  15. 16 Anton Bae 2 Disember 2008 at 5:01 pm

    Assalamualaikum.
    Apa kabar Azman? Ini ada informasi terbaru, Buku Wajib Baca:
    Novel PERAHU Conie Sema.
    blog Perahu: http://www.novelperahu.blogspot.com
    Thanks..

  16. 17 al-Kurauwi 4 Disember 2008 at 4:03 pm

    Terima kasih Anton. 1. Masih lagi ingat kepada saya 2. Menjadi orang pertama dari rakan MASTERA yang berkunjung ke blog saya 3. Moga ukhuwah kita terus berpanjangan. Nanti saya cari buku Novel Perahu itu.

  17. 18 hidayat 16 Disember 2008 at 10:38 am

    Salam ustaz.
    Saya baru membaca cerpen ustaz ‘Pohon Jejawi Khanyam Samlou’ dari antologi cerpen dan puisi DBP, ‘Di Tengah Arus’.

    Saya terpikat dengan PJKS, selepas ini akan mencari dan menanti karya-karya ustaz yang lain. Moga ustaz terus menghasilkan tulisan yang hebat =)

  18. 19 ibnuahmadalkurauwi 16 Disember 2008 at 11:56 am

    Terima kasih Hidayat,

    Ada tiga buah karya akan terbit selepas ini. Dua novel dan satu kumpulan cerpen. Dah dapatkan novel Tinta Elipsis? Datang ke DBp boleh bagi harga kawan-kawan. He heh

  19. 20 pinkturtle2 29 Januari 2009 at 9:42 am

    Cantik dan padat blog anta syeikh…
    semoga ilmu yang kita cedok dan kenangan kita bersama di bumi mu,tah sama-sama kita manfaatkan di bumi malaysia ini..

    Bait YIK Mazar 1994

  20. 21 Jeehan 29 Januari 2009 at 1:35 pm

    Assalamu a’laikum !

    Selamat jumpa lagi.

    Anta asal Kuala Kurau? Ingatkan asal Pahang.

    Baiklah. Semoga jumpa lagi.

    Wassalam.

  21. 22 ibnuahmadalkurauwi 29 Januari 2009 at 2:08 pm

    Jeehan,
    Lahir di Kuala Kurau, dibesarkan di Pahang, kahwin dengan orang Kelantan duduk di Wilayah Persekutuan. Terima kasih kerana memanjangkan ukhuwah. Jemput ke DBP nanti.

  22. 23 Jeehan 30 Januari 2009 at 8:46 pm

    Akhir tahun lepas, saya ada jumpa ust Fazdi Harun semasa berkursus Bahasa Arab. Dia adalah pensyarah di Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) di Bangi.

  23. 24 ibnuahmadalkurauwi 1 Februari 2009 at 6:35 pm

    Ya, kami kerap berjumpa di DBP. Beliau kerap dilantik menjadi panel penilai buku teks bahasa Arab. Malah, kawan-kawan kita ramai yang sudah bertandang ke sini. Jeehan sahaja yang belum berkunjung lagi.

  24. 25 Jeehan 2 Februari 2009 at 4:42 pm

    Kiranya diizinkan Allah, akan sampai jua nanti. Ust Solahuddin DBP satu unit dengan anta di DBP? Dia tinggal dekat-dekat rumah ana sahaja di Kajang ni. Dulu kami sama-sama di Urduniyah, Amman.

  25. 26 ibnuahmadalkurauwi 3 Februari 2009 at 7:45 am

    Ust Solahuddin dengan ana ‘teman sparing partner’ di DBP. Dia di Bahagian Agama Falsafah dan Tamadun Islam. Kalau anta nak menulis buku bolehlah jumpa dia.

  26. 27 Syafiq Zulakifli 15 Februari 2009 at 3:59 am

    Assalamualaikum w.r.b.

    Tahniah kepada Ustaz Azman di atas karya yang terbit di Berita Harian. Kedua, tahniah juga kerana sudah menjadi Pegawai Khas di Pejabat Ketua Pengarah DBP.

    Aduh…cepat benar naik pangkat. Alhamdulillah. Sudah (S48) ke?
    hehehe.

  27. 28 Syafiq Zulakifli 15 Februari 2009 at 4:00 am

    Aduh…cepat benar naik pangkat. Alhamdulillah. Sudah ke gred S48 ke?
    hehehe.

  28. 29 mauswah 19 Mac 2009 at 12:59 am

    Assalamualaikum akhi Ibnu Ahmad. Salam dakwah. Moga dlm redhaNya selalu.

  29. 30 anggun 13 April 2009 at 1:57 pm

    Salam..

    Menarik blog anda

    Sila luangkan masa untuk ke blog

    http://merahsilu.blogspot.com

  30. 31 oked 14 April 2009 at 12:43 pm

    Salam,

    kawan sekolah lama di Khairiah…antara student paling menyerlah 1987 – 1992..syukur gelaran ustaz masa sekolah dolo2 jadi kenyataan ye…

  31. 32 fikri 14 April 2009 at 6:44 pm

    salam syeikh…
    dah lama ke buat blog nih…
    patutnye buat laaa cbox tuh.. bleh gak tinggal2 pesan
    ana baru jer jumpa blog nih… ari tu tak tinggal add
    ok laa semoga maju jaya…
    ana turun gak kot kat Pesta Buku nanti…
    jalan2 tgk buku…
    wassalam

  32. 33 ibnuahmadalkurauwi 15 April 2009 at 7:38 am

    Salam Ukhuwah Oked, Fikri,
    Teruskan menulis.

  33. 34 murni 18 April 2009 at 1:58 pm

    sy bminat dengan cerpen anda… dulu pernah jgk bcita2 nak jdi penlis tp berkubur mcm 2 jer… mgkin msa mnjdi pghalng… ape2pun thniah… byk pedomn yg saya dpt mllui tlsan anda…

  34. 35 al-Kurauwi 19 April 2009 at 10:20 am

    Murni,
    Terima kasih. Barangkali Murni boleh membaca Kumpulan Cerpen saya “Di Dadanya Kalam Tuhan” dan melihat tips-tips penulisan dalam Proses Kreatif. Insya-Allah banyak membantu.

  35. 36 Umairah 5 Mei 2009 at 3:32 pm

    Salam Ustaz,

    Ada tak ustaz terpandang2 buku untuk memberi ketenangan jiwa bagi seseorang hamba yang resah gelisah setelah mengetahui suaminya beristeri lagi.

  36. 37 ibnuahmadalkurauwi 5 Mei 2009 at 9:25 pm

    Umairah,
    Buku yang terbaik, tidak lain ialah al-Quran. Tekuni al-Quran siang dan malam. Dialah penyejuk hati nan resah gelisah.

  37. 38 Umairah 6 Mei 2009 at 8:53 am

    Syukran ya Ustaz, Sesungguhnya mata ini kabur untuk memandang yang jelas, hati yang berdebu ini perlu digilapkan..alhamdullilah harini saya telah pun sms kepada hamba yg berkenaan. Lidahnya kelu tidak terkata, moga Allah berikan ia kekuatan

  38. 39 al-Kurauwi 6 Mei 2009 at 9:24 am

    Umairah,
    Saya sering menasihati golongan wanita supaya melihat’madu’ itu sebagai ubat kurniaan Allah sebagai penyembuh atau peluntur ‘dosa’ sebelum bertemu dengan-Nya. Tidak ramai manusia diuji dan sangat ramai yang tidak tahan diuji.

  39. 40 Umairah 6 Mei 2009 at 2:19 pm

    Na’am ya Ustaz, ramai yang tewas, tapi macamana hendak menang? Boleh tak Ustaz huraikannya …sesungguhnya mata ini masih kabur dan hati ni masih perlu digilap

  40. 41 Jerry Anderson 22 Mei 2009 at 8:30 am

    Ibnu,

    If you want to add Facebook or email sharing buttons to your blog posts, there’s a plugin that does it for you: http://tinyurl.com/sharebuttons

    Hope you find it helpful!

    Cheers,
    Jerry

  41. 42 imma jamal 28 Mei 2009 at 12:39 pm

    Salam ustaz…

    terima kasih kerana jadikan website kami sebagai rujukan :) . website kami telah bertukar http://kualakurau.pid.net.my. TQ.

  42. 43 ibnuahmadalkurauwi 28 Mei 2009 at 1:50 pm

    Waalaikumsalam Imma,
    Terima kasih atas kunjungan dan makluman. Nanti saya pautkan kepada laman yang baru itu.

  43. 44 Noor Harnidda 3 Jun 2009 at 11:38 am

    Salam,

    Saya Harnidda dari .my Domain Registry, saya bertanggungjawab dalam pembinaan nama domain selain tulisan ASCII iaitu Jawi, saya mencari pakar pakar jawi. Dengan menggunakan keyword pakar Jawi saya terjumpa blog tuan. Saya berbesar hati ingin menjemput tuan untuk menghadiri Forum International Domain Name yang akan diadakan pada 9 Julai 2009 ini. Antara tujuan forum ini adalah untuk menaiktaraf tulisan Jawi keperingkat antarabangsa dan menggiatkan lagi tulisan ini kepada anak muda didalam bidang teknologi. Untuk keterangan lanjut tuan boleh email kepada saya di harnidda@domainregistry.my

  44. 45 roziyah 1 September 2009 at 3:10 pm

    saya dari syarikat penerbitan synergymate sedang mencari penulis yang berbakat untuk menulis novel islam…saya berharap saudara dapat berbincang untuk menghasilkankan karya untuk syarikat kami. sekiranya berminat saudara boleh menghantar email kepada damya_ogy@yahoo.com.my…dari situ kita boleh berbual lebih lanjut. sekian terima kasih.


  1. 1 geopractice :: Kenali Kuala Kurau :: June :: 2009 Jejak balik bagi 13 Jun 2009 at 11:07 pm

Tinggalkan jawapan




 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TINTA SAPA

al-Kurauwi pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
Katakanlah pada BAHASA MELAYU VS BAHASA M…
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
Sue pada ANTOLOGI CERPEN JAWI
ibnuahmadalkurauwi pada ANTOLOGI CERPEN JAWI

TETAMU

  • 64,577 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan 18 November 2009
    Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif. Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’. KAMUS AR […]

RSS Faisal Tehrani

  • Changeling: Korupsi 20 November 2009
    Oleh Faisal TehraniSEBUAH kisah benar. 10 Mac 1928 apabila Christine bangun pagi dengan janji untuk membawa anaknya menonton filem, dia menerima panggilan untuk menggantikan tempat seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Meski hari tersebut adalah hari cutinya, Christine berlepas ke tempat kerja sebagai seorang ketua operator penuh dedikasi, dan pulang dala […]

RSS Nisah Haron Online

  • SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu 17 November 2009
    Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Cerpen FAJAR SIDIK DI SIERRA MORENA dalam Sastera.net Edisi 7 21 November 2009
    “Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera d […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Dawn at the City of Arts and Sciences: Blue and Magenta series

More Photos