DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI dalam kenyataannya kepada akhbar memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang dipertuan Agong dan agama Islam. Sungguhpun didaftarkan di luar negara, itu tidak bermakna mereka kebal daripada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
Sebelum itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap laman blog Malaysia-Today kerana didakwa menghasut rakyat supaya menentang pemimpin negara termasuk Yang dipertuan Agong selain agama Islam. Ketua Penerangan Umno itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman blog dan penulis yang memberi komen kerana ia boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Di Singapura, usaha mengekang diayah-diayah bloggers menerusi undang-undang lebih keras lagi dikenakan apabila dua rakyatnya berketurunan Cina pernah dipenjarakan di bawah akta anti hasutan kerana menyiarkan artikel berbau anti-Muslim dalam blog mereka.
Tidak kurang juga di Mesir kerana buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan Mesir, mahkamah Iskandariah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada bloggers , Abdel Karim Suleiman; seorang siswa Universiti al-Azhar, kerana didakwa menghina Islam dan Presiden Mesir, Husni Mubarak. Selain itu, Jan Pronk, wakil khas Sudan ke PBB, diberi notis tiga hari untuk keluar dari Sudan disebabkan pandangan peribadinya terhadap tentera Sudan dalam blognya.
Terus membaca ‘LEGASI BLOG, SELUMBAR DI HUJUNG JARI?’
TINTA SAPA