i
HARI PERTAMA si Insyirah saya tidak berlampin pakai buang hanya bertahan setengah jam sahaja. Selepas itu, kami mengesan ada bau di seluarnya lalu cepat-cepat kami pakaikan semula. Yang lebih menghairankan, tempat ‘perlepasannya’ itu gagal dikesan! Barangkali kerana bosan digogah oleh mama dan walidnya setiap minit: “Insyirah, nak buang air atau tidak?”, “Insyirah, buang air nanti di mana?” “Tandas!” jawabnya sepatah.
Membanding si bongsu ini dengan kakak-kakaknya, Insyirah yang berusia tiga tahun lebih itu, agak mendahulu. Mahu mencuba, cepat rimas dengan kantung yang menggonggong punggungnya. Lebih-lebih lagi apabila berisi. Namun masih ‘jijik’ untuk membasuh sendiri. Jika Insyirah tidak berlampin, mama, walid dan Insyirah sendiri jadi pening!
ii
Alhamdulillah ‘INSYIRAH’ saya yang terbit awal tahun 2009 lalu sudah habis di pasaran. Usaha untuk mencetak semula sedang diuruskan oleh DBP. Begitu juga dengan Kumpulan Cerpen saya ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’. Alhamdulillah kedua-dua buku ini telah diluluskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi pembelian buku di bawah Dana Penulis 2009 sebanyak 1089 naskhah bagi setiap judul.
Selain itu, saya yakin faktor sokongan sahabat-sahabat sekalian atas kedua-dua buah buku ini, mendorong buku ini diterima dengan baik. Saya percaya, kedua-dua buku ini laris kerana dipakaikan ‘lampin’. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ‘Insyirah’ dan ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ tidak lagi ‘dilampinkan’ selepas ini. Dengan kulit yang baharu selepas ini, harap rakan-rakan yang masih lagi belum mendapatkan kedua-dua buah buku ini meneruskan sokongan dengan membeli.



![4[1]. Ibnu Ahmad Al Khurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Pegawai DBP. 4[1]. Ibnu Ahmad Al Khurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Pegawai DBP.](http://ibnuahmadalkurauwi.files.wordpress.com/2009/11/41-ibnu-ahmad-al-khurauwi-penulis-muda-yang-mempunyai-potensi-baik-pegawai-dbp.jpg?w=320&h=240)






Cerpen ini cuba mengangkat tema persaudaraan yang tulus antara dua sahabat. Saya cuba menyelami konflik jiwa seorang angkasawan yang terpilih dan tidak terpilih ke ISS itu. Falsafah setinggi mana kita berada, bumi tetap dipijak jua, dimanifestasikan melalui pepatah Melayu, ‘Andai mengapai bintang di langit jangan lupa rumput di bumi’ dalam cerpen ini. Selamat Membaca



Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA