
AWAL JULAI lalu saya dikejar oleh seorang lelaki berbangsa India. Ketika itu saya sedang membentangkan kertas kerja ‘Perkembangan Tulisan Jawi dan Hala Tujunya’ di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Jaya. Dia mahu menempah namanya dalam mana-mana program belajar Jawi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya teruja untuk bertemu dengan lelaki itu. Oleh sebab sudah ada perancangan dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengajar Jawi di sana, saya tempahkan kerusi untuknya. Malangnya, sehingga ke hari ini kursus di PNM masih belum bertemu tarikh yang sesuai.
Dalam pada menunggu, saya di lamar oleh Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi selama tiga hari 14-16 Julai lalu bertemu dengan guru-guru KAFA, JAWI dan pegawai-pegawai MAIS, JAIS seluruh Malaysia. Ramah dan cendekia, Allah sahajalah yang tahu. Malah pada 22 Julai ini, saya di Maktab Peguruan Perempuan, Melaka dengan 80 orang guru-guru j-Qaf kemudian di akhir bulan Julai ada 50 orang guru-guru sekolah agama Majlis Agama Islam Selangor di Sekolah Agama Integrasi, Taman Keramat. Satu lagi program sedang diatur dengan JAIS Selangor.
Sepanjang bulan Jawi ini, terasa benar penatnya namun puas. Moga ilmu yang sedikit ini mampu menyemarakkan kembali tulisan Jawi. Berikanlah sokongan anda daripada terlalu banyak caci dan tempelak kepada warisan bangsa dan genius Melayu ini – al-Kurauwi












Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi
Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009
TINTA SAPA