Halaman Arkib 2

DARI JENDELA DESA

 Mesra desa

SEKALI-SEKALI pulang ke desa, walaupun mendamba kasih mertua, bahagianya menusuk ke jiwa. Damai sawah melambai, angin sawah mendingin. Hijau saujana mata menunda pandangan. Di sini, menghadap jendela desa, ilham mencurah-curah, khusyuk amal dan segala ibadah. Alhamdulillah syukur Ya Allah, setelah bebanan memikul tugasan setelah kepenatan mengekor segala kesesakan jalanan. Dari jendela desa, lagu nasyid Hijjaz Damai Desa, tiba-tiba mengapung indera.

Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terus membaca ‘DARI JENDELA DESA’

25 TIPS MERAIKAN SYAWAL

ramadhan_1

1. Mulakan Syawal lebih awal dalam memanifestasikan makna fitrah iaitu fitrah badaniah.
Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): mengunting misai, merapi janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinja, dan berkumur.” [Hadis riwayat Muslim]

2. Banyakkan bertakbir pada malam 1 Syawal.
Firman Allah Ta‘ala yang bermaksud “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 18]

Disunatkan kepada kita melafazkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram solat Hari Raya. Boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

3. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam Aidil Fitri
Imam Al-Syafie r.a. telah menegaskan bahawa malam Aidil Fitri itu adalah antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm:

“Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Sya‘ban.

4. Ambil kesempatan untuk berqiamulail.
Imarahkan malam dengan ibadat, bukan kerana bakar lemang atau masak ketupat. Lebih teruk lagi jika kita mengambil peluang untuk berbuat maksiat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi. Walaupun amalan menghidupkan malam Hari Raya adalah antara perkara khilaf. Namun Imam Syafie Rahimahullah menyukai amalan ini walau pun hadithnya dhaif.

Terus membaca ‘25 TIPS MERAIKAN SYAWAL’

ANTARA DUA LANGIT

YA RABB
Di perabung langit pesona
Kami bersaksi saat Ramadan-Mu semakin menghujung
Dada langit masih sama patuh memayung cahaya hamba.
Saat itu langit biru berwarna emas
Menyambut al-Qadar yang pulang tersenyum puas
bertemu cinta Tuhan di dada si hamba pada malam yang sepertiga.

Langit 27 Ramadan

YA RABB
Di perabung langit mulia
Kami bersaksi lagi saat Ramadan-Mu semakin menghujung
Dada langit masih sama patuh memayung cahaya kurnia.
Kini, sayap langit dilumpur mendung
Setelah al-Qadar pulang berwajah walang
dek gagal bertemu cinta Tuhan si hamba malang

Antara dua langit itu
Terasa kantung pahala tiba-tiba carik dek kuku dosa.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi
27 Ramadan 1430

SINDROM LENGANGISME DI IKIM.FM

SUARA saya akan berkumandang di 91.5 IKIM.FM pada  hari Selasa 15 September 2009, 4.30 pagi (khusus untuk ibu-ibu yang memasak sahur untuk keluarga) dan ulang siar pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama. Tazkirah ini bertajuk “Sindrom Lengangisme”. Terima kasih Maslina, Terima kasih IKIM – al-Kurauwi

SINDROM LENGANGISME

index_8

Walaupun nama Habib Bourguiba – tokoh sekularis yang melarang rakyatnya berpuasa – sudah tinggal catatan dalam sejarah namun cucu cicit yang bermazhab Bourguiba sangat ramai. Oleh sebab itu tidak hairanlah 10 malam yang terakhir Ramadan, masjid dan surau semakin lengang. Tidakkah semua itu mengiakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif dalam bulan Ramadan?

10 sebab mengapa masjid dan surau diserang oleh virus lengangism.

1. Masjid semakin lengang kerana majoriti umat islam dilanda wabak al-Wahn yakni cintakan dunia takutkan mati.

2. Kita lebih mengutamakan kepada mendirikan masjid daripada mendirikan solat. Menghias luar masjid daripada dalamnya sedang firman Allah Taala:
“Orang yang Kami beri kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat baik, dan menegah berbuat mungkar kepada Allah kembali segala urusan”.

3. Kita melayan Ramadan sebagai pelancong bukan sebagai tetamu. Pelancong hanya datang ke masjid sekadar melawat kemudian pulang dengan sekeping dua foto kenangan sedangkan tetamu sifatnya dirai, dikasihi dan dimuliakan.

4. Amalan dalam bulan Ramadan hanya bersifat adat bukan ibadat. Yang datang ke masjid dan surau kerana mahukan keseronokan dan kemeriahan bukan mencari reda, rahmat dan keampunan Allah.

5. Ramadan ditatang tanpa ilmu. Kemanisan Ramadan laksana menikmati sebatang tebu. Manis hanya di pangkal namun tawar di hujung.

Terus membaca ‘SINDROM LENGANGISME’

LARANGAN BERPUASA KEPADA RAKYAT

portrait01

Pada bulan Mac 1974, dunia Islam digemparkan oleh arahan Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, apabila  mengeluarkan perintah melarang rakyat Tunisia, terutama dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa dalam bulan Ramadan.

Malah untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan arahan tersebut, Habib Bourguiba telah muncul bersama-sama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadan dan mereka makan beramai-ramai demi membuktikan apa yang mereka kata. Alasan Habib Bourguiba kerana puasa mengurangkan produktiviti negara malah syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa Habib Burguiba ini?

Terus membaca ‘LARANGAN BERPUASA KEPADA RAKYAT’

RAMADAN : DOSA JUGA BERGANDA

isalmicwallpaper33

Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim, Syeikh Abdullah bin Baz serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda, dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Walau bagaimanapun gambaran dosa tidak digambarkan dalam bentuk sifat dan angka seperti pahala dalam banyak hadis seperti yang berikut:

“Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”

Gandaan dosa datang dalam bentuk sifat sahaja seperti sangat besar, sangat dahsyat dan lain-lain. Kata Syeikh Abdullah bin Baz: Dalam bulan yang mulia Allah gandakan pahala dengan segala kebaikan dan dosa dalam bulan Ramadan lebih besar sifatnya daripada bulan selain Ramadan.

Sebagai jalan terbaik, perbanyakkan amal taat,  hindarilah sejauh-jauhnya segala maksiat. – al-Kurauwi.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

Ramadan2

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.

Amirul Mukminin Umar Al-Khattab ketika berada di ambang Ramadan berulang-ulang kali menuturkan “Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan” sehinggakan khadam beliau berkata, seandainya manusia tidak mengetahui Ramadan itu nama bagi satu bulan nescaya mereka akan menyangka Umar sedang menunggu seorang lelaki yang bernama Ramadan.

YANG KEMBALI DAN YANG PERGI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pergi Tak Kembali

Yang kembali, Ramadan yang dirindui. Yang kembali – hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi – ialah rahmat Rabbi, keampunan Ilahi dan janji pembebasan Tuhan daripada api neraka.

Yang pergi tidak lagi boleh dibilang oleh jari. Yang pergi – hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi – tidak sempat menyeluk kantung Ramadan. Yang pergi tidak mengenal insan kawan, lawan, sasterawan, agamawan hatta si syaitan! – al-Kurauwi

ANWAR RIDHWAN SN KE-10

SN Anwar Ridhwan

SAYA tidak ingat mengapa saya dan Sasterawan Negara ke-10 Datuk Anwar Ridhwan sangat girang pada Majlis Penutupan Bengkel Penulisan Novel, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Residence Hotel, Bangi dua tahun yang lalu. Yang saya ingat kuat ialah ilmu dan pengalaman menulis novelnya mengalir deras ke jiwa saya.

Hari ini bukan saya seorang sahaja ingat, malah seluruh rakyat Malaysia akan ingat tokoh Sasterawan Negara yang ke-10 telahpun dinobatkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi. Ramai yang merisik, saya kata, saya tidak ada jawapannya, namun saya dapat menduga kelibatnya.

Satu yang saya ingat tentang Sasterawan Negara kita yang ke-1o ini ialah kehadirannya yang duduk di barisan hadapan di Masjid Hukama’ menekuni al-Quran sebelum khatib memjak mimbar. Saya sentiasa berdebar setiap kali saya membaca khutbah. Bimbang benar beliau tertidur disebabkan teks khutbah yang dibaca namun tidak.

Mari kita tinggalkan cakap-cakap kosong. Kita doakan beliau berjaya dan terus menyumbang karya buat khazanah negara demi anak bangsa tercinta. – al-Kurauwi

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »


 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA SAPA

ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA…
ZulDean pada PAK AZIZI YANG MUDA
ibnuahmadalkurauwi pada PAK AZIZI YANG MUDA
anuar manshor pada PAK AZIZI YANG MUDA

TETAMU

  • 64,097 hits

RSS Saifulislam.Com

  • Jangan Gopoh Dalam Bicara 14 November 2009
    Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa Mengapa sepi? Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan. Banyak input yang dicari dan diterima kebelakangan ini. Justeru dengan input yang banyak, banyak jugalah output yang sepatutnya keluar. Tetapi ia tidak berlaku. Segalanya berakhir dengan diam. Saya sedang menyelak lembara […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Pinjamkan Aku Bahumu 8 November 2009
    Afni, Hanee dan (Haz)WaniJangan sesekali mencurigai kuasa persahabatan!Dua minggu lalu jiwa saya bercelaru setelah mencapai antara pemutusan terbesar dalam hidup sebagai seorang dewasa. Saya berasa sangat keseorangan - keputusan dibuat tanpa kehadiran orang lain, dan impak psikologinya juga saya pendam sendiri. Pertama kerana saya enggan menambah kekhuatiran […]

RSS Coretan Perjalanan ZulDeanz

  • Segala-galanya Sudah Berubah 11 November 2009
    Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung da […]

Flickr Photos

Falls of Spring - Swinging Bridge, Yosemite National Park, California

More Photos