Cinta itu datang sebelum aku mengenal apa itu cinta. Apabila cinta itu mengisi ruang kosong  yang tersedia, maka cinta itu membuka nikmat cipta.                                                                                                    

Penyair Arab

APABILA editor Tunas Cipta meminta saya menulis profil diri untuk dimuatkan dalam majalah, saya meleret senyum, menolak. Bisik hati, saya terlalu tua untuk mengetengahkan diri berlabel penulis baharu dalam profil Tunas Cipta. Tetapi termakan dengan pujukan – memikirkan ‘keremajaan’ saya dalam bidang penulisan sastera yang kemungkinan boleh dikongsi dengan pembaca seperti saya – menyebabkan saya menelan rasa malu itu dalam-dalam.

Membandingkan saya dengan nama besar Amiza Khusyri, Zaid Akhtar atau Almarjan -antara beberapa nama penulis remaja kawakan – jauh panggang dari api. Titik persamaan mungkin bertemu dari sudut latar belakang pendidikan Timur Tengah sahaja, namun mereka lebih jauh ke tengah merentas laut berbanding saya baru memata-matai di pesisir sambil mencuba-cuba merasai zauq sasteranya.

Sesungguhnya terima kasih harus diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Dialah pohon redup yang akarnya memasak bahasa dan sastera yang dedaunnya memayungi buah-buah ilmu yang begitu ranum untuk dipetik. DBPlah yang memindahkan semangat tokoh penulis besar tanah air seperti Keris Mas, Usman Awang, Anwar Riduwan menyaluti jasad kerdil saya.

Terlanjur berjanji untuk menyumbang bakti kepada dunia penulisan di hadapan Mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman – dalam sesi temu duga kemasukan – menjadi kunci sakti demi membuka pintu gedung ilmu itu, di sini.

Seingat saya, ketika itu katih masih lagi goyah memijak bangunan DBP. Apabila berjaya, saya ditempatkan di ceruk tingkat dua, bangunan lama DBP berjiran dengan Bahagian Sektor Swasta sebagai pegawai kontrak di Bahagian Buku Teks. Cerita-cerita rencam dan ragam yang diuar-uarkan oleh editor senior di bahagian tersebut membuatkan saya cepat berfikir dan berusaha menampung kekurangan diri. Tambahan pula jati diri seorang editor DBP pastinya membawa lambang daun lontar yang terasa seperti dicap di dahi ketika itu, sangat menyedarkan saya bahawa ilmu editorial harus dicerap cepat. Kemahiran berbahasa dan menulis harus dikuasai di luar kudrat. Bagaimana? Hanya dengan menulis, kemahiran itu akan datang! simpul saya kejap kejat di hati.

Ketika itu saya memulakan langkah dengan menulis dalam bidang penulisan ilmiah dan beberapa buah puisi sambil disunting oleh rakan sekerja yang lebih baik bahasanya seperti Ustaz Riduwan Wahab, Abdul Ghani Abu, Che Azani Zakaria dan disokong kuat oleh Ketua Bahagian Encik Abdul Nasir sendiri. Tuah mungkin sudah tertulis di loh Tuhan. Niat untuk berdakwah melalui pendekatan penulisan menelurkan karya sulung saya lalu keluar di Majalah Dewan Agama dan Falsafah bertajuk ‘Pendekatan Tauhid: Pentadbiran Akan Bersih Daripada Penyelewengan’, pada Januari 2003 manakala puisi pertama saya bertajuk ‘Inti Munajat’ keluar dalam majalah dan pada bulan yang sama.

Bertitik-tolak daripada tersiarnya artikel itulah ia menjadi pemangkin semangat untuk lebih gigih menulis. Sejak detik itu saya tidak menoleh ke belakang lagi dan sudah menulis lebih daripada lima puluh buah artikel yang menjurus kepada bidang agama dan pengurusan serta banyak tersiar dalam media massa seperti Utusan Malaysia, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Budaya, Dewan ekonomi, Dewan Masyarakat dan Majalah I. Pencapaian yang membanggakan dalam bidang kepengarangan ini apabila diundang menjadi kolumnis ruangan agama dalam Majalah Dewan Masyarakat sehinggalah ke hari ini.

Ketokohan Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi seorang ulama dan pendakwah yang gigih dalam berdakwah mengagumkan saya. Beliau juga seorang sasterawan yang juga penggiat seni turut berdakwah menerusi puisi-puisinya. Malah, mengikut sejarahnya Imam Syafie juga seorang penyair. Syair-syairnya yang bersifat dakwah dan ketuhanan itu telah ditulis dan dikumpulkan dalam sebuah koleksi iaitu Dewan Syafie.

Menyedari sastera adalah furuk kepada bidang dakwah yang boleh menembusi dadaan segenap lapisan masyarakat saya kuatkan semangat untuk menulis dalam genre kreatif pula. Keinginan menulis karya kreatif meluap-luap apabila puisi kedua saya tersiar di Majalah Tunas Cipta bertajuk ‘Merdeka Buana’ pada bulan Mei 2003, namun hasrat itu dipendamkan kerana kesibukan meladeni tugasan renyah di Bahagian Buku Teks.

Setahun kemudian peluang itu terbuka apabila saya memberanikan diri mengikuti bengkel Cerpen dan Novel KEPEZI 2004 (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) pada awal bulan September 2004 yang kebetulan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketokohan Bonda Zaharah dalam menggilap bakat peserta bukanlah suatu yang baharu di mata bekas anak didiknya sehingga melahirkan penulis tersohor namanya di tanah air seperti Faisal Tehrani, Salman Sulaiman, Mohd Kholid Hamzah, Tiras R, Nor Hanisah Othman, W.B. Rendra dan banyak lagi.

Berbekalkan kekerdilan cerpen pertama, ‘Syahadah Mc. Allister’ yang sudah dijangka akan teruk ‘dibasuh dan dicucuh’ saya – yang serba-serbi remaja – membawanya sebagai syarat masuk ke bengkel. Membandingkan cerpen-cerpen yang hebat ditulis oleh penulis yang hebat sebagai bahan kajiannya menyebabkan hati terasa begitu berat, jiwa terasa kecil bagai dikerat-kerat. Dalam hati terngiang-ngiang, terasa bagai tersalah masuk bengkel. Hampir-hampir merusuh nak pulang! Namun berkat semangat untuk belajar ilmu baharu, saya tutup telinga dengan sabar, kata pepatah Melayu duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang. Itu pun dengar bisik-bisik rakan lama, Bonda Zaharah tidak segarang bengkel sebelumnya.

Saya akui sentuhan Bonda Zaharah mengajar begitu menjadi, mungkin tradisi berkat berguru dan bertalaqi sebegitu. Ilmu, semangat dan pengalaman yang diperoleh begitu berkesan sehingga cerpen pertama itu berjaya menembusi Majalah Dewan Budaya, Disember 2004. Paling manis apabila cerpen kedua ‘Memintas al-Qadar’ yang pertama kali tersiar di Mingguan Malaysia pada 1 Syawal, telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Malaysia – ExxonMobil 2004. Apa yang membanggakan kuliahnya bukan sekadar dalam bengkel malah berterusan diinteraktifkan dalam laman sesawang KEPEZI ONLINE. Berkat sentuhan Bonda Zaharah cerpen ketiga saya ‘Dan Kuntum Kemboja Pun Mewangi’ tersiar di Tunas Cipta, November 2004. Cerpen keempat ‘Kerudung Kefiyyeh Baba’ keluar dalam Dewan Masyarakat Januari 2005, dan Cerpen kelima, ‘Dari Kerisek ke Baiturrahman’ tersiar di Dewan sastera Julai 2005.

Bila dikenang-kenang semula perjalanan singkat penulisan ini, mengundang senyum sendiri. Saya sudah jatuh cinta dengan sastera. Saya berhasrat untuk teruskan belajar sambil berdikit-dikit untuk menulis genre novel atau drama pada masa akan datang. Harap-harap berjaya!

Akhirnya saya sedar menulis ini suatu perjalanan yang sangat menyeronokkan. Saya agak lewat untuk mengecapi zauqnya. Lebih-lebih lagi apabila karya kita dihargai dan dibaca orang. Namun saya sedar perjalanannya baru bermula. Bukan popular itu yang dikejar tetapi saya mahu setiap penulisan yang dihasilkan apa pun bentuk genrenya biarlah ilmu dan hikmahnya diambil orang ia sama tahapnya dengan pahala seorang guru mengajar anak muridnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Barang siapa yang mempermudah satu jalan bagi orang lain dalam memperoleh ilmu pengetahuan, maka Allah Taala akan mempermudah baginya jalan menuju ke syurga.

Artikel ini tersiar di Majalah Tunas Cipta dalam ruangan profil.

27 Respon to “Bagaimana Saya Menulis”


  1. 1 Mama 9 Mei 2007 at 9:08 am

    Tahniah dengan kelahiran novel pertama! Itu baru lahir bovel belum beranak lagi, he.. he..!

  2. 2 Mama 9 Mei 2007 at 9:10 am

    Tahniah atas kelahiran novel pertama. Itu baru novel belum nikmat lahir anak lagi!

  3. 3 ibnuahmadalkurauwi 10 Mei 2007 at 8:03 am

    Assalamualaikum,

    Kepada para pembaca laman sesawang ini. Jemput meninggalkan bekas tapak anda di sini dengan sebarang cadangan atau penambahbaikan. Terima kasih kerana berkunjung. Moga ada sesuatu yang dipelajari

  4. 4 ibnuahmadalkurauwi 10 Mei 2007 at 8:04 am

    Untuk meninggalkan pesan anda, sila klik di ruangan ‘View Shoutbox

  5. 5 Hasanah 21 Mei 2007 at 12:36 pm

    Tahniah novelis baru Malaysia!

  6. 6 ibnuahmadalkurauwi 21 Mei 2007 at 12:57 pm

    Isy, ana pun baru sahaja belajar, masih hingusan lagi. Dr. Hasanah mungkin dah banyak menulis. Tak cadangan nak buat buku dengan DBP ke?

  7. 7 naga 23 Mei 2007 at 4:50 pm

    Ya ya, suara sheikh amat lunak ketika mengaji, ya ya.

  8. 8 Tiras Raduan 24 Mei 2007 at 1:42 pm

    Saudara Azman,

    Baru kali ini saya berkesempatan membaca blog anda. Tahniah! Menarik dan rencam pengisian yang dibuat oleh tuan empunya laman sesawang.

    Terima kasih atas berita tentang novel rakan-rakan, gambar kulit dan blurb sekali.

    Semoga novel kedua saudara menyusul segera.

    Syabas!

  9. 9 ibnuahmadalkurauwi 24 Mei 2007 at 3:17 pm

    Ya Allah, Kanda Tiras rupanya,

    Lama sungguh tak dengar khabar. Apa khabar? Di KOL tak dengar cerita, di DBP tak rajin bersua, hatta di media belum terlihat karya. Ke mana gerangan beruzlah. Terima kasih kerana berkirim khabar di ruang sempit ini. Singgah-singgahlah di KOL!

  10. 10 ABU SAIF 11 Jun 2007 at 4:19 pm

    Assalamualaikum akhi.

    Tahniah atas kelahiran novel anta. Pepatah Cina ada menyebut (saya tidak tahu dalam bahasa Cina, bagaimana bunyinya), “seseorang itu belum menjadi lelaki sehingga dia berjaya menghasilkan sebuah buku”

    Saya belum naik taraf… masih dengan artikel dan blog.

    Seeru ‘alaa barakatillaah

  11. 11 liends 28 Ogos 2007 at 11:37 am

    Assalamu’alaikum wr wb
    Perkenalkan saya Linda dari jakarta
    hendak mencari info tentang majlis puisi keraian para pembesar di Johor Bahru, Johor Malaysia pada 7/9/07
    Apakah info ini benar?

  12. 12 Jaisy Arabi Mu'tah 1994 18 September 2007 at 3:22 pm

    salam wbt,

    tahniah sheikh al-kurauwi,
    sebagai seorang pejuang tulisan jawi yang semakin pupus.

    kawan ada hadir persidangan jawi peringkat kbgsaan di hyatt hotel kuantan baru-baru ini, ingatkan anta ada.

    ala kulli hal mabruk di atas perjuangan anta. teruskan.

    wsalam.

  13. 13 al-ghazali 6 Februari 2008 at 4:50 pm

    Teruskan perjuangan..sy pn minat gak menulis..nie pn baru nk mula..doakn yg terbaik utk sy gak…

  14. 14 nurrun 14 Februari 2008 at 4:21 am

    salam..

    rasa kerdil sahaja diri ini membaca profil orang2 yang dah melakar kejayaan.

    ingin sekali menjadi seorang penulis tapi banyak lagi kelemahan.. mungkin banyakkan membaca dulu.

  15. 15 ibnuahmadalkurauwi 14 Februari 2008 at 8:01 am

    Nurun,

    Kalau nak jadi penulis, mulakan dengan menulis!

  16. 16 nurrun 16 Februari 2008 at 3:04 am

    skop penulisan saya sekadar peribadi. tak pernah mengikuti kursus, sendiri2 cuba menulis puisi,cerpen. hehe, tak bagus sangat olahan bahasanya.tapi kadang2 banyak sangat lakaran cerita dan perasaan yang nak dicurahkan, cuma tak tulis!

    InsyaAllah ada peluang ingin menulis.

  17. 17 Nurul Lailati Mahat 27 Februari 2008 at 10:06 pm

    Assalamualaikum Ust Azman. Tahniah dengan kelahiran novel pertama tetapi saya masih belum sempat membelinya kerana ketika itu buru-buru pulang ke Mesir untuk menyambung semula pengajian. Saya baru sahaja menulis mulai Mac 2007 dan sempat mengikuti Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ketika pulang ke tanah air dari Julai hingga Oktober 2007. Setakat ini, karya saya hanya sebuah puisi dan sebuah cerpen tersiar di media Malaysia, namun sudah banyak yang dimuatkan di majalah-majalah dan buletin pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Doakanlah saya terus thabat menganyam impian di atas sabil harapan. Novel pertama saya yang akan diterbitkan di Mesir bakal menyusul awal tahun hadapan insya-Allah.

    Semoga terus tekal menulis demi agama. Bukankah itu tugas yang mulia?

  18. 18 maisarah 7 Mac 2008 at 10:20 am

    selamat berjaya. Teruskan usaha anda

  19. 19 Akhi Masrawi 10 Jun 2008 at 5:24 pm

    Tahniah, selaku penulis yang memperjuangkan dakwah. Selagi manfaatnya tersebar selagi itu pahalanya tidak putus-putus.

  20. 20 MOHD DANIAL 29 Ogos 2008 at 1:39 am

    ASSALAMUALAIKUM USTAZ AZMAN….SAYA YG SELALU MSG DGN USTAZ…WAH BANGGA SAYA DGN UST,MALU SAYA SEBAGAI ANAK MUDA ISLAM TDK BUAT APA2 UTK TINGKATKAN AGAMA SAYA SNDIRI..CUMA DGAN DAKWAH BELAJAR,DAN AKHLAK SAHAJA…SYABAS DAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA..LPSNI BLHLA AJAR SAYA BRDAKWAH MELALAUI PENULISAN..SAYA JUGA NK ISI MASA MUDA DN REMAJA SAYA UTK AGAMA ALLAH,DAN BLAJR2 UTK JD REMAJA YG SENTIASA BERAMAL UTK MNDAPAT KEREDHOAANNYA..

  21. 21 diariungu 20 November 2008 at 11:22 pm

    Assalamualaikum ust. tahniah krn memperjuangkan tulisan jawi. sy slh seorg peserta seminar di kota darul naim baru2 ini, cuma sedikit terkilan kerana DBP tidak menjual buku daftar kata tulisan jawi yg baru diterbitkan itu, utk memudahkan memilikinya…apapun tahniah krn brjuang memartabatkan bahasa ibunda tercinta ini!

  22. 22 zahari 14 April 2009 at 3:54 pm

    Syabas orang kuala kurau

  23. 23 shameel iskandar 29 April 2009 at 10:55 am

    Salam,

    Saya bangga dgn Ustaz. Harap2 ustz dan lain-lain penulis berfikrah agama ni dpt mengegarkn Malaysia.

    Saya ni baru nak berjinak dlm penulisan. Setakat ni karya saya hnya disiarkan dalam Berita Minggu, Mingguan Wanita dan akhbar kat Sabah(waktu kerja kat sana)

    Harap doa dari Ustaz.

  24. 24 ibnuahmadalkurauwi 29 April 2009 at 1:33 pm

    Shameel,
    Terima kasih atas kunjungan. Kita sama-sama bergerak dengan langkah pertama. Teruskan langkah. Percayalah, Shameel belum tertinggal jauh!

  25. 25 Abdul Razak Bin Husin 10 Ogos 2009 at 11:55 pm

    Sebenarnya saya tidak mengenali saudara sehinggalah saya memiliki antologi saudara yang begitu menangkap naluri saya. Tajuknya cukup segar dan saya benar-benar teruja membaca setiap cerpen saudara. Sehinggakan saya memberi novel itu untuk dibaca oleh seorang kenalan untuk membacanya. Ternyata karya cerpen yang saudara hasilkan begitu indah bahasa dan ceritanya. Dalam usia yang semuda itu saudara telah berjaya menghasilkan karya yang cukup besar. Sebenarnya saya baru sahaja berjinak-jinak menulis cerpen walaupun umur sudah menginjak ke angka 40-an. Agak terlambat juga ingin berkarya. Saya inginkan sentuhan motivasi daripada saudara. Terima kasih.

  26. 26 ibnuahmadalkurauwi 11 Ogos 2009 at 10:33 am

    Saudara Razak,
    Terima kasih kerana menyokong penulisan saya. Pada saya usia 40 tahun tidak terlalu lewat untuk menulis. Kalau betul saudara mahu menulis, nasihat saya, bergurulah. Ramai tokoh sasterawan kita yang membuka kursus menulis. Kalau ada nanti, saya maklumkan di blog ini.

  27. 27 Abdul Razak Bin Husin 11 Ogos 2009 at 8:20 pm

    Terima kasih atas nasihat sdr. Sebenarnya saya sedang berusaha untuk menulis sebuah novel remaja. Agak menyeksakan juga kerana sinopsis dan bab 1 ini perlu dihantar pada 14.08.09.Tinggal beberapa hari sahaja. Pening kepala beberapa hari ini. Khabarnya bengkel ini akan dikendalikan oleh sasterawan negara yang ke-10. Teruja dan rasa-rasa macam dalam mimpi sahaja. harap2 menjadi kenyataan. Berapa lama saudara menulis sebuah novel?Sinopsis pula bagaimana? Perlukah kita menulis mengikut bab demi bab?Terima kasih sekali lagi. Apa tajuk novel terbaru saudara?


Tinggalkan jawapan




 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

BBK

KARYA TERKINI

CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
OKTOBER 2009
Kemuncup 2

"KEMUNCUP Di Atas Padang" cerita tentang rintih alam kepada anak-anak gempa yang melanda bumi Padang, Sumatera Indonesia. Cerita tentang Epa Poho yang dipujuk oleh Zahara Talua saat menemui anak yang luka dan duka bersalut lumpur derita. Cerita tentang tanah leluhur kita yang imannya belum teruji sepenuhnya. Makmur diuji nikmat aman hingga hidup bagai tidak bertuhan.

CERPEN DI DEWAN SASTERA
OKTOBER 2009
DDKT

“Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi” pernah tersiar di Akhbar Mingguan Malaysia, Syawal 2007. Kali ini, cerpen ini diberi penghargaan ke persada MASTERA yang disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera (Malaysia), Majalah Horison (Indonesia) dan Majalah Bahana (Brunei). Cerpen ala fiksyen sains angkasa ini terilham daripada kisah dua angkasawan negara Dr. Syeikh Muzaphar dan Dr. Faiz Khaleed.

CERPEN DI BERITA HARIAN
FEBRUARI 2009
dia-lelaki

"Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu" terilham berasaskan semangat untuk memboikot produk Amerika lewat perang Gaza, Palestin - Israel. Ideanya timbul usai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

INSYIRAH

insyirah2 Sesungguhnya Novel "Insyirah" ialah novel kedua yang telah lahir daripada rahim Sayembara Mengarang Novel Kanak-kanak dan Remaja 2007 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara tersebut. - al-Kurauwi

DI DADANYA KALAM TUHAN

ddkt-blog Sesungguhnya, tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004 Ibnu Ahmad al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda pemegang ijazah Kesusasteraan Arab dari Jordan ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. – Zaharah Nawawi USJ Subang Jaya 9 Mac 2009

TINTA ELIPSIS

Novel TE bergerak sekitar gejolak rasa dan jalanan minda watak Amir Afif Amizul, anak peneroka FELDA, yang berpeluang menekuni bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Jordan. Amir Afif mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang penerbitan (TE: 25/7), iaitu selain pengalamannya sebagai konsultan yang ditimbanya selama lima tahun bertugas dengan Syarikat Amal Profesional Sdn. Bhd. (TE: 28) Amir Afif berhadapan dengan beberapa masalah yang wajar diatasinya sebijak mungkin. - Dr. Anis

TINTA LARIS

TETAMU

  • 63,846 hits

RSS Saifulislam.Com

  • ‘Call Me Irresponsible’ 10 November 2009
    Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal menterjemahkan segala yang  berlaku kepada suatu pengajaran yang boleh dijamah oleh anak-anak muda yang masih panjang perjalanan mereka. Kelemahan kompetensi, boleh dimaafkan oleh pengundi. Tidak pandai bekerja, salah at […]

RSS Faisal Tehrani

  • Satira Ketupat Cinta II: Kotak Berisi Kuih Lepat 11 November 2009
    Adapun pasar Melaka pada waktu itu sibuklah teramat. Segala barangan ada dijual. Termasuklah manusia yang akan dilelong sebagai hamba. Orang yang tua berumur delapan puluh tahun dijual dengan harga murah. Jika ia nyanyuk dijual dengan harga suku wang timah. Bak kata Abdul Mujid Bari, salah seorang pembesar di Melaka; adalah orang tua nyanyuk itu harganya mur […]

RSS Nisah Haron Online

  • Umbara Sastera III 11 November 2009
    Para penulis, peminat sastera dari jauh dan dekat, dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke majlis :Umbara Sastera III14 November 2009D'Ark, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri SembilanTema : Penulisan Sastera IslamPanel :Puan Nisah Haji HaronProses kreatif cerpen Aset IstiqamahTempat PertamaSayembara Cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke - 12Enc […]

RSS Serunai Faqir

  • Warisan Melayu - Gendang Silat 6 November 2009
    Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Kumpulan kami dijemput mengiringi majlis.

RSS BECKyilHAM

  • Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09 5 November 2009
    "Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa....oleh sebab isu y […]

Flickr Photos

Noviembre

More Photos