SOO CHAM DAN AIR MATA IBU

Blurb

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang, umpama lauk yang dibubuh garam, masinlah jadinya.  Tidak ramai yang boleh menjadi seperti ikan di laut, air masin tetapi daging ikan tetap tawar.  Begitulah yang terjadi terhadap Sui Yin dan dua orang abangnya yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung Melayu.  Disebabkan sedari kecil bergaul dengan orang Melayu, akhirnya mereka memeluk Islam dan kedua-dua abangnya berkahwin dengan gadis Melayu.  Namun, si ibu tidak dapat menerima hakikat ini, “Kenapa orang Cina hendak jadi orang Melayu?” tanyanya.  Apakah benar pertukaran agama itu yang menjadi isu ibu Sui Yin?  Kenapa si ibu selalu menitiskan air mata setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina?  Kenapa abang-abang Sui Yin seperti tidak menyayangi lagi ibu mereka?  Bagaimana Sui Yin menangani kerenah ibunya?  Air Mata Ibu mengungkapkan kisah ibu yang kehilangan hati anaknya kerana dirinya adalah ikan yang tetap tawar di air masin. ”

Air Mata Ibu
Penulis: Soo Cham
Penerbit: DBP
No. KK: 899 204285101
No. ISBN: 9836294066
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM25.00
Harga DAWAMA : RM20.00
Jimat: RM 5.00 ( 20% )

“Bangga mengenali penulis gigih seperti Soo Cham ini. Beliau bukan sekadar menulis dengan tinta bahkan dengan air mata! Kami pernah beberapa kali berbengkel bersama kendalian Bonda Zaharah Nawawi. Dalam satu bengkel cerpen,  ingatan tertumpah mengenangkan air matanya begitu ramah menumpang sebak menghayati  karyanya. Saya pasti air mata pembaca juga tidak akan segan mengalir kerana beliau menulis dengan hati dan jiwa. Suatu ketika beliau pernah berbisik. Ustaz ini kisah benar! …” – al-Kurauwi. Gambar kanan ialah kulit asal novel. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s