PAK RAZALI DAN MENGGAPAI PUNCAK

Blurb

DIA hanya seorang anak kampung yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan. Tak punya pelajaran tinggi, jauh sekali harta benda yang tinggi melangit. Tidak juga mempunyai impian yang begitu hebat. Dia hanya mahu hidup bersederhana di samping Milah. Akur dengan cabaran induknya, dia akhirnya meninggalkan kampung halaman. Bermula dari bawah dia mula melangkah sedikit demi sedikit dengan azam dan tekad yang kental. Kini, dia mula selesa dengan apa yang telahpun dimiliki. Namun, belumpun berada dipuncak, langkahnya terhenti. Dia terpaksa memilih satu antara dua.

Mana pilihannya? Akan berjayakah dia? Atau Ujang harus akur pada takdir yang telah ditetapkan untuknya, dan dia tidak akan mampu berada di puncak sampai bila-bila?

 Menggapai Puncak
Penulis: Razali Endun
Penerbit: DBP
No. KK: 789836294807
No. ISBN: 9769836294807
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM20.00

Kata Pak Razali: “Alangkah baiknya kalau muka saya yang jadi penghias kulit novel Menggapai Puncak ni!” Kata Puan Seri Banon (Editor Bahagian Penerbitan Sastera): “Kalau letak muka Pak Razali, ada ke nanti orang nak beli!” Kami (Puan Zamidah, Zahura Zakry dan saya) mengekek geli hati. – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

6 thoughts on “PAK RAZALI DAN MENGGAPAI PUNCAK

  1. Jadi, ini blog sdr yang baru ya? Kalau benar saya mahu tukarkan link yang lama di blog saya.

    Saya tidak sempat melihat kulit buku Pak Zali isnin baru ini ketika mengunjungi DBP, tidak sempat mengunjungi sdr, ada tugasan lain yang perlu dilunaskan.

  2. Laa, dah datang DBP awat tak singgah. Kalau tidak boleh pekana nasi kandaq di Tingkat 5, he, hee..

  3. Tahniah buat Pak RE. Muka muda sewaktu di kaki bangunan. Bila berumur sudahpun di puncak. Bila bergambar di puncak, yang nampak hanya awan, langit, matahari, helang dan kapalterbang.

  4. Peghh, sekali-sekali Tuan Haji Zul berfalsafah, hebat juga! Harap-harap Pak Razali kita membacanya!

  5. Saya telah lama berusaha untuk mencari buku ini di pasaran. Bebarapa kedai buku besar telah pun saya emil, lawati tetapi ada staf mereka beritahu buku bahasa melayu berkurangan. Nasib Bahasa Malaysia. Saya juga telah menulis di beberapa bahagian emailyang saya ketahui tetapi tidak berjaya. Saya juga telah menghantar email ke DBP berkenaan buku ini, tetapi malangnya tiada respons. Masih belum berputus asa saya berusaha beberapa kali sama dengan Bantuan Pakar – PNM. Akhirnya hari ini saya terima email dari Bahagian Pakar PNM memaklumkan URL. ini dan terus saya berhubung. Saya ucapkan terima kasih usaha yang tidak berhenti Bahagian pakar tersebut.

    Saya akann berbincang seterusnya dengan anda sekiranya mendapat komenn dari email ini

    Di mana boleh saya mendapati buku ini.

    Saya ( OKU )tinggal di kawasan Taman Maju Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5 hb Feb 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s