KHABAR SERUNAI FAQIR

JUMAAT yang lalu kami sempat bertemu (sebenarnya Tuhanlah yang mempertemukan), setelah kali terakhir melihat wajah SF di Tingkat 7, Menara DBP sempena bengkel Novel Industri Mac 2006 yang lalu. Kebetulan Haji Zulkifli Khair menemani isterinya di PWTC, Kuala Lumpur, maka atas ruang waktu itu kami bertiga memanjang ukhuwah melayan khabar di restoran Nasi Kandar (belakang PNB).

Lama tidak bertemu, banyak yang kami bincangkan tentang keluarga, kehidupan, masa hadapan, dunia sastera, Kapezi, DBP, dunia penulisan, Tuhan, PTS, Novel Industri, keboborakan manusia dan macam-macam. Mungkin segala yang dibincangkan boleh menjadi pemangkin untuk terus menulis dan menjadi bahan cerita; novel, cerpen atau sajak.

Melihat wajah SF dan tubuhnya, Haji Zul dengan dunia bebasnya juga, kita boleh bayangkan bahagianya mereka meninggalkan dunia ‘kerajaan’ ke dunia ‘bebas’ dan dunia penulisan yang serba mencabar ini. Banyak yang kami akui dan ada juga yang kami bersalahan. Ah, telah Tuhan firmankan ” dan sesungguhnya kamilah (Allah Taala) yang telah memberi tunjuk jalan (hidayah), imma jalan syukur waimma jalan kufur”

Dengar kata SF dapat kontrak bergendang di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa dan Zul ada projek besar dengan PTS – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

5 thoughts on “KHABAR SERUNAI FAQIR

  1. assalammualaikum, kanda. tahniah dengan kemunculan blog baharu. dinda agak jarang ‘online’ kerana kekangan talian. dinda tumpang gembira dengan pertemuan kanda bertiga – semoga kita dapat bertemu dan mengulangi kegemilangan bersama. insyaAllah.

  2. Wa’alaikum salam Ren,

    Pertemuan ini kerja Tuhan dan berpisah juga kerja Tuhan. Melihat mereka berdua ini, kanda membayangkan pertemuan kita di PD bersama-sama Kanda Kholid. Moga ada pertemuan lagi selepas ini.

    Mungkin pertemuan dalam bengkel bersama-sama sasterawan kita Faisal Tehrani pula nanti. Daftar tak?

    Satu lagi pertemuan di Perhimpunan Penulis Muda Nasional, katanya tahun ini juga di DBP sahaja. Tak merasa lagi nampaknya harum bakau atau desir angin di pantai.

    -Ibnu Ahmad

  3. Bagi saya, pengerusi pertemuanlah yang amat penting. Tanpa tuan pengerusi (Ust Azman), pertemuan takkan dapat diadakan. Terus-terang saya amat kagum kepada segelintir manusia yang dengan rela menjadi tuan pengerusi bagi pertemuan2 penting yang tak mampu digalas oleh orang lain termasuklah pertemuan bekas pelajar, pertemuan sanak saudara dsb. Moga Allah berkati kepada mereka yang cakna kepada sillaturrahmi.

  4. Betul, Zul, saya bersetuju!
    Kalau kita meneliti hadis-hadis Nabi kita akan melihat banyak ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada orang tengah seperti ‘peace maker’, pendamai, orang yang memanjangkan ukhuwah dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s