PAK UNGKU YANG MUDA

SAYA sangat teruja bila dikhabarkan akan bertemu dan berbincang dengan Pak Ungku Aziz di Universiti Malaya. Saya yang diamanah mentransliterasi buku Allayarham Zaaba “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” dari tulisan rumi ke tulisan Jawi sedikit berdebar. Dalam kepala menelah soalan-soalan renyah mengenai sistem ejaan tulisan Jawi yang kononnya caca merba. 

Semalam, kami bersama-sama dengan Kak Hanim, Ketua Bahagian Sains Sosial bergegas  ke UM lebih awal. Temu janjinya pukul 11.00 pagi. Dalam usia 85 tahun, Pak Ungku datang tepat waktunya, memanjat tangga ke bilik mesyuarat dengan bergaya. Tanpa bongkok dan tanpa alat sokongan!

Waktu kosong sambil menunggu ahli mesyuarat dari ITNB dan UM sendiri kami berbual isi (bukan kosong). Setelah berbasa-basi dengan khabar kesihatan, Pak Ungku mengakhiri dengan, “Oh, hari ini sahaja saya tidak berjoging!” Wah, saya yang berjarak usia 52 tahun ini tertemplak inti diksinya ke hati. Dalam usia 33 tahun inipun, liatnya untuk bersukan, liat untuk mengunyah ulam dan sayuran. Agaknya liat juga untuk terus kekal muda!

Selain teruja dengan kesihatannya, saya terkesima dengan caranya berfikir, caranya mengendalikan mesyuarat dan objektifnya yang jelas. Beliau menghargai dan menghormati cabang ilmu yang kurang beliau kuasai dengan bahasa yang lembut, beradab dan menghormati keilmuan orang lain! Pulang ke DBP menu tengah hari saya langsung berubah. Nasi separuh, ikan dan ulam-ulaman hijau! Puas saya mengunyah! Berikut saya perturunkan ketokohan Pak Ungku dari laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Aziz 

– Ibnu Ahmad al-Kurauwi

BELIAU dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah.Beliau telah berkahwin dengan Azah aziz telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo.

Perkhidmatan

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Anugerah

Beliau yang dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi Cosmopoint.Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005.

Sumbangan

Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s