ZAABA TOKOH ULAMA?

SAYA sedang menangani sebuah buku yang ditulis oleh Allahyarham Zaaba bertajuk “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”. Kali terakhir buku ini diterbitkan ialah pada tahun 1987 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan kerjasama Universiti Malaya, buku ini sedang diberi nafas baharu dengan memuatkan dua versi bahasa dan dua versi tulisan, iaitu bahasa Inggeris dan Melayu, rumi dan Jawi.

Saya diamanahkan untuk menteransliterasikan buku ini dari tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Kerja-kerja ini memerlukan daya usaha yang lebih untuk kita membaca dari satu perkataan ke satu perkataan dan mentransliterasikan pula dalam tulisan Jawi yang disempurnakan. Secara tidak langsung saya telah menghadamkan buku ini bulat-bulat ke dalam hati dan jiwa. Zatnya bersemarak dalam setiap urat dan nadi.

Rupa-rupanya Pendeta Zaaba bukan sahaja seorang tokoh bahasa dan budayawan negara. Malah beliau (dalam hati kecil saya) tokoh cendekiawan dan mujaddid zaman yang mahu melihat bangsanya memegang agama dalam diri sebagai citra rujukan dan kemajuan.

Tulisannya mendahului zaman. Malah buku ini bukanlah yang pertama dalam laras wacana agamanya. Buku-buku lain dan artikel-artikelnya terakam dalam beberapa buah majalah seperti Lembaga Melayu, Pengaruh dan al-Ikhwan. Buku seperti Asuhan Budi dan Falsafah Takdir berbaur kritikan keras terhadap kemunduran orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri kita, lemah cita-cita, terlalu bergantung atau berharap kepada orang lain.

Kita terlalu berharap kepada doa para ustaz dan tok lebai. Tawakal melampau kita, Tahlil dan Yasin kita, air jampi, air yasin kita hatta bomoh dan pawang menjadi tangkal dan tasbih kita agar rezeki di langit jatuh ke riba. Itulah ikhtiar kita berkiblatkan taklid buta kita dan itulah kononnya kehendak Islam selama-lamanya.

Kelantangan beliau mengingatkan saya kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis kini. Keterbukaan Islam yang diketengahkan itu ramai yang memuji dan ada juga yang mengeji. Allahyarham Zaaba juga tidak kurangnya. Buku ini pernah suatu ketika diharamkan oleh sebuah kerajaan negeri.

Sayang, buku edisi lama, berkulit coklat ini sudah habis dipasaran. Entah mengapa tergerak hati ini untuk membeli buku Zaaba ini lebih dahulu  sebelum diberi tugasan ini. Itupun tempatnya  dalam satu lelongan besar-besaran dengan harga serendah RM1 senaskhah. Walau bagaimanapun saya pasti nilainya dalam memberi kefahaman dan kesedaran orang Melayu untuk berubah pastilah besar pahalanya di sisi Tuhan. Al-Fatihah buat Pendeta Zaaba!

– Ibnu Ahmad al-Kurauwi  

11 thoughts on “ZAABA TOKOH ULAMA?”

  1. assalamualaikum, bagai mana mungkin untuk saya mendapatkan kandungan buku ini kerana sudah bertahun dan merata tempat saya berusaha untuk mendapatkan buku ini namun masih tidak berjaya….

  2. Saya baru dapat buku ni di kedai buku universiti malaya. RM5 sahaja, edisi rumi cetakan terbaru. sangat disyorkan untuk buka minda.

  3. Alhamdulillah, begitulah jika kita banyak membaca dan mengkaji sejarah. Ilmu dan bakti yang dtinggalkan menjadi panduan dan teladan untuk kita yang hidup seterusnya. Insya Allah, panduan Al Quran dan Sunnah Rasul menjamin kebahgiaan hidup dunia dan akhirat.
    Terima kasih kerana perkongsian maklumat ini.

  4. Puan Maimunah,
    Salam Ziarah. Untuk makluman buku ‘Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri’ Tulisan Za’ba sudah diterbitkan dengan tiga versi. Rumi, Jawi (bahasa Melayu) dan bahasa Inggeris.

  5. Ibnu Raml,
    Bukan membanding, sekadar menyebut. Lagipun ketika artikel ini ditulis beliau ialah Mufti Perlis. Dengan lain perkataan, tajdid yang dibawa oleh beliau bukanlah pertama kali ini sampai ke telinga kita. :)

  6. Dr Asri dalam beberapa artikel dan bukunya ada memetik kata-kata Za’ba dalam “buku perangai bergantung kepada diri sendiri”…

  7. Tuan Mat,
    Buku tersebut sudah diberi nafas baharu oleh DBP. Malah dialih bahasa dalam bahasa Inggeris dan tulisan Jawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s