AL-KURAUWI DI TV1

 

17 APRIL 2007 saya ke udara dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 yang dihoskan oleh Ustaz Irwan Johari (DJ Radio IKIM.FM). Dalam segmen Islam Hadhari ini, saya diberi amanah untuk mengupas tajuk “Menangani Sifat Marah’. Rencananya 5 soalan hanya 4 sahaja yang berjaya dikupas. Punca marah, Marah yang positif, Ciri-ciri orang marah dan Menangani sifat marah.

Tempohnya sangat pendek, sekitar 15 minit sahaja iaitu antara 8.45-9.00 pagi. Walaupun masanya pendek namun debarnya begitu panjang. Seminggu menanti tarikh hari ini, resahnya sudah lain macam. 1001 kerisauan timbul, walaupun ini bukanlah kali pertama.

Wajah pertama kali keluar di TV Pendidikan untuk slot Laman Minda, juga dibuat secara langsung. Keduanya, di TV 9 di awal tahun baru-baru ini. Kedua-duanya mengupas mengenai kelangsungan tulisan Jawi yang semakin diancam dan terancam.

Kata Puan Zamidah, “Peringkat awal agak ketara gabra dan gugup, dua tiga minit selepas itu baru nampak ‘steady’, tapi kejap sangat!”

Tak apa, nanti perbincangan tajuk ini saya akan masukkan di ruangan ‘Tinta Elipsis’  –  al- Kurauwi 

 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “AL-KURAUWI DI TV1

  1. Terima kasih Kholid,

    Ah, terlalu banyak yang harus kita ‘gali’ di atas muka bumi ini. Dan saya cuba berlari sederas mungkin untuk melihat setitis ilmu yang jatuh dari jari, setelah dicelup dari lautan yang maha luas itu.

    Isy, kita ni terlalu kerdil Kholid. Kadang-kadang kita alpa berhujah hatta terlupa mengukur baju di badan sendiri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s