Blurb
“… TIGA titik berurutan itu seakan melambangkan dilema yang dihadapinya ketika itu. Antara dua hati itu ada perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digugurkan. Walaupun tekadnya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu.
Apakah kerana Amjad, dia harus menggugurkan janjinya dengan Wardah. Memikirkan itu, daun hatinya terasa pecah dilibas ranting gelisah. Sukar memahami apa yang harus ditentukan seperti titik elipsis ini yang tidak merungkaikan jawapan apa-apa. Realiti sebenarnya dia sudah kalah dalam jerit tangis dan hilai tawa seorang anak yang jauh ditinggalkan itu ….”
“Saya benar-benar teruja melihat hasil tangan yang pertama ini. Oh Tuhan, inikah kesudahan?” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi
Advertisements
Tahniah ustaz. Yang mula insya-Allah takkan berakhir. Bukankah sebuah kitab agung itu bermula daripada setitis tinta dan bukankah banjir itu bermula dpd setitis hujan dari langit! Oh Tuhan, bilakah tinta2-ku menjejak tinta ustaz ini…
Terima kasih Zul,
Moga, Tuhan berikan kita kekuatan untuk terus menulis. Sedang menyiapkan sebuah novel remaja sempena sayembara DBP yang dilanjutkan hingga Julai 2007! Zul tak masuk? Doakan agar semangat ini terus berlari dan berlari!
sayembara apa yangdilanjutkan, ustaz? Tak dengar berita pun…
Saya difahamkan Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja DBP dilanjutkan dari 15 Mei hingga Julai 2007. Kholid tak hantar penyertaan? atau nak tambah satu lagi penyertaan. Remaja ke? Ekstrovat tak masuk bertanding ke?
Saya dah hantar utk katogeri kanak-kanak. Tak ada idea baru la nak tulis yang lain. Sekarang sedang menulis novel dewasa cinta islami. Ala-ala ayat-ayat cinta gitu…
Alhamdulillah
Saya sudah tukarkan alamat blog yang baru, juga terima kasih kerana telah memberikan gambar saya kepada Puan Seri Banun. Celamak .. lawa tu gambar cover novel awak, Man. Tahniahlah.
tahniah kanda! kulit novel sahaja sudah menggoda, apalagi isi cerita. tentu menambat resa!
Salam. Tahniah! InsyaAllah, balik Malaysia akan saya dapatkan segera. =D
Terima kasih,
Fahd, Ren dan SF, sama-samalah kita doakan kejayaan untuk kita semua. Fahd bila dijangka habis belajar?
Assalamualaikum ustaz…Tahniah atas penerbitan karya ustaz yang pertama dalam bentuk buku. Dah berada di pasaran atau belum? Kalau dah dapatlah saya menghayati hasil buah tangan ustaz itu. Tentu rugi kalau saya tak dapatkannya. Saya berharap ini bukan terbitan yang pertama dan terakhir dari mata pena ustaz….
Terima kasih Zana,
Isyhh …, terharulah pulak! Terima kasih atas kunjungan dan ingatan. Sibuk pun masih sempat berklik!
Novel tu, insya-Allah secepat mungkin akan berada di pasaran. Yang terakhir, dengar ceritanya di peringkat percetakan. Doakanlah moga Allah berikan kekuatan untuk menulis novel baharu! Kirim salam kepada sahabat-sahabat di PPUMKL.