WANGINYA AROMA ZAHURA

 

Blurb

ALISYA tidak menduga akan ujian yang menimpa dirinya. Dia akur dengan ketentuan Tuhan … reda dengan setiap ujian yang mendatang, bahawa itu adalah kehendak-Nya.

Hanya kerana seorang wanita lain, Alisya telah melakukan kesilapan yang besar dalam dirinya. Alisya tidak menyangka wanita itu talam dua muka. Dengan mudahnya dia mempercayai wanita itu sehingga hubungan kekeluargaan dan kariernya terjejas, angkara wanita itu.

Adakah Alisya berjaya mendapatkan kembali perniagaannya yang terjejas itu? Bagaimana akhirnya hubungannya dengan suaminya Haris, yang bagaikan retak menanti belas itu? Aroma Hati pasti akan memberi jawapannya.

“Saya sempat ke DAWAMA hari ini, untuk melihat kulit novel saya yang dimaklumkan oleh Puan Seri sudah siap. Kemudian terlihat kulit hijau novel ini. Saya mendengar khabar novel ini sedang dicetak, tahniah berganda buat Zahura. Melihat kulit rasa sejuk ulu hati!” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

Advertisements

4 thoughts on “WANGINYA AROMA ZAHURA

  1. Assalamualaikum,
    Bila agaknya buku ini akan menemui pembacanya? Tahniah daripada saya!

    ikhlas,
    Nisah Haji Haron

  2. Assalamualaikum, Kak Nisah dan Embun

    Terima kasih atas kunjungan. Kadang-kadang faktor kulit juga berperanan menaikkan aura untuk membaca. Penulis ini digilap oleh Zaharah Nawawi, sekelas dengan saya, sama-sama belajar dahulu. Tetapi kakinya lebih panjang melangkah daripada saya.Dengar cerita novel ini sedang dicetak.

    Selain itu beliau juga turut menghasilkan sebuah novel sedang hangat dipasaran dengan nama pena ZARA JUWITA, terbitan Alaf 21. Kalau penulisnya membaca blog ini bolehlah iklankan di sini novelnya.

  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Ustaz Azman, saudara Nisah dan saudara Embun.

    Terima kasih ya Ustaz sebab tumpang promosi di blog yg. aktif ini. Blog saya http://www.zarajuita.blogspot.com yang mula beroperasi ketika novel saya “Erti Rindu Ini” terbitan Alaf21 (nama pena Zara Juita) berada di pasaran pada Januari yang lalu. Jika ada kelapangan silalah ke blog saya.

    Saudara Nisah dan saudara Embun,
    Alhamdulillah novel pertama saya bersama DBP kini sedang dicetak dan insyaAllah akan terbit tidak lama lagi. Terima kasih di atas sokongan dan saya amat berharap akan menerima komen-komen yang membina demi memperbaiki mutu penulisan saya sebagai penulis kerdil yang baru belajar mengenal dunia penulisan ini. Terbaru, cerpen saya keluar di Majalah Wanita (Mei, 2007).

    Wassalam Salam Mesra: Zahura Zakry

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s