ANDA TAK MALU?

INILAH perlakuan manusia yang disebut oleh Allah SWT sebagai al-An’am atau al-Bahimah bahkan tabiat mereka ini lebih teruk daripada yang digambarkan oleh Allah SWT itu.

Sejumlah 18,000 orang dengan sukarelanya berbogel di  Zocalo Square, Mexico City kononnya atas nama seni. Tanpa rasa malu mereka berkumpul awal bulan lalu, semata-mata memenuhi hasrat seorang jurugambar profesional, Spencer Tunick untuk mencatat rekod dunia.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Laith, daripada Abdullah bin Mas’ud; katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” Dijawab para sahabat, “Kami sudah malu kepada Allah, alhamdulillah.” Jawab Nabi: “Bukan itu, tetapi sesiapa yang malu kepada Allah dengan sesungguhnya, maka hendaklah ia menjaga kepala dan semua pancainderanya dari dosa-dosa, juga perut dan apa yang masuk ke dalamnya, dan hendaklah selalu ingat akan mati dan bencana di dalam kubur. Dan sesiapa yang benar-benar inginkan akhirat, ia akan sanggup meninggalkan kesenangan dunia, maka siapa yang berbuat demikian maka ia telah malu kepada Allah dengan sesungguh-sungguh malu.”

Dalam satu hadis yang lain nabi bersabda, maksudnya: …”Kalau kamu tak malu, buatlah apa yang kamu suka.”

– Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

Advertisements

2 thoughts on “ANDA TAK MALU?

  1. Pingback: ANDA MALU? « IBNU AHMAD AL-KURAUWI

  2. Saya memang pemalu. Tak berbogel mcm tu pun saya dah malu. Saya malu dengan kelakuan saya sendiri. Kadang-kadang saya rasa banyak sangat kesilapan yang telah saya buat. saya malu kepada Allah. Allah maha melihat apa yang saya sudah lakukan.

    sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s