DOA BUAT AMIZA!

 

“AKHIRNYA rakan KAPEZI kita, yang sama-sama menulis novel dengan kita, Amiza Khuysri bertemu juga jodohnya, iaitu Khairun Nisak Binti Munzir pada 13 Mei 2007 yang lalu. Kita doakan rakan-rakan kita yang lain juga dipertemukan jodoh juga hendaknya. Terutamanya Serunai Faqir, Rendra dan lain-lainlah! Jangan lama-lama membujang, nanti dikebas orang!

Buat Amiza, maaf kami tak dapat hadir sama. Marilah kita doakan kebahagiaan buat mereka berdua. Kita doakan moga perkahwinan itu tidak menghentikan terus keupayaannya untuk terus menulis! Kekal bahagia hingga ke akhir usia…” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Ya Allah ya Rahman

Tuhan yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan. Diciptakannya siang dan malam, langit dan bumi, bintang dan bulan. Diciptakannya buat lelaki, seorang perempuan sebagai teman untuk berkasih-kasihan. Ya Allah Sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas nikmat kejadian. Ya Allah Sesungguhnya kami pasrah kepada-Mu dengan jodoh pertemuan, kehidupan dan juga kematian. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Tuhan yang Maha BijaksanaTuhan yang Maha Kaya. Kurniakanlah buat pasangan pengantin kami kerukunan rumah tangga. Yang payungnya melindungi daripada fitnah, umpat dan caci cela. Yang kelambunya menyimpan rahsia, kehormatan diri dan keluarga. Yang kesannya membentuk insan beriman dan bertakwa. Tetap taat pada Tuhan yang esa. Tetap menghormati kedua-dua ibu bapa dan juga mertua. Menjaga maruah keluarga dan zuriat tercinta. Kukuh teguh terus terpelihara sehingga bila-bila. 

Ya Allah kami sedar langit cerah tidak selalunya ceria. Ya Allah kami sedar sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia. Ya Allah kami sedar hakikat tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang amat berat. Jika hati-hati kami tidak erat, tekad kami tidak kuat, muafakat kami tidak bulat sudah pastilah perkahwinan kami akan cacat.  Oleh itu Ya Allah, satukanlah hati pengantin kami dengan cahaya keimanan. Gandakanlah kasih sayang dengan jiwa pengorbanan, Agar mereka bertindak dalam satu haluan. Agar mereka menyusun perjalanan dengan satu fikiran. Bijak berhemah melaksanakan kewajipan. 

Ya Allah sedarkanlah kami akan hakikat kehambaan dan keinsanan. Agar rendah hati meskipun berharta. Agar bijaksana meskipun berkuasa. Agar tidak asyik dibuai leka dunia. Agar tidak tunduk pada syaitan dan nafsu menggila. Agar keinsanan tak punah dek dendam kesumat, tamak haloba dengki khianat, fitnah dan buruk sangka. Agar tidak dilaknat oleh Tuhan semesta. Allahumma Amin.. Ya Mujibas Sa’ilin, Ya Rabbal Mustada’fin, Ya Rahman Ya Rahim.Ibnu Ahmad al-Kurauwi DBPKL (sumber gambar dari http://annyss.blogspot.com Terima kasih Kak Nisah Haron)

Advertisements

6 thoughts on “DOA BUAT AMIZA!

  1. Bukan apa, moga-moga dengan perkahwinan itu lebih memanjangkan akal kita!

    Bukan apa, moga-moga dengan perkahwinan itu jauh daripada zina dekat pula dengan Yang Maha Pencipta!

    Bukan apa, moga dengan perkahwinan itu lebih usaha kita untuk berkarya!

  2. Terima kasih Kak Nisah,

    Kepada pengunjung, dijemput untuk menambah pengetahuan anda di blog Kak Nisah.

    Sila klik di ruangan Blogroll (Kanda Nisah Haron)
    Walaupun anda mengklik di artikel saya di atas, masih lagi tidak membawa anda ke sana. Maaf atas masalah teknikal itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s