PEMURAHNYA NABI!

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hayatilah tuntutan dan syariat Islam dan amalkanlah sunah dalam urusan kehidupan kita seharian. Marilah kita jadikan Baginda Rasulullah SAW itu sebagai Uswah Hasanah, suatu contoh ikutan yang terbaik sepanjang masa tidak hanya terhenti semata-mata kedatangan bulan Rabiulawal sahaja agar segala garis panduan kehidupan di atas muka bumi ini dapat dijadikan petunjuk dan penyelamat kita di akhirat kelak.  

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA Tidak ada sifat-sifat yang paling dimuliakan dan diagungkan oleh bangsa Arab baik pada zaman Jahiliah mahupun di zaman Islam lebih daripada sifat pemurah dan berani. Para penguasa raja dan sultan sangat senang bila disebarluaskan kepemurahan mereka. Andai golongan sasterawan Arab memuji-muji, mereka akan mengkhususkan kepada dua sifat yang utama pemurah dan berani dalam syair-syair mereka. Kadang kala mereka memuji dengan sesungguh-sungguhnya dan kadang kala secara berlebih-lebihan.    

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA

Begitu  juga tidak ada sifat-sifat yang paling dibenci oleh bangsa Arab pada waktu itu lebih dari membenci dua sifat yang buruk iaitu penakut dan bakhil. Bagi mereka tidak ada sifat yang lebih buruk untuk mencela lawan selain sifat penakut dan bakhil. Bila seorang penyair hendak memperolok-olokkan atau mencela lawannya maka ia memperolok-olokkan dan mencela dengan sifat penakut dan bakhil. Apabila lahirnya makhluk yang bernama Muhammad SAW, sifat dermawan pada diri Baginda SAW adalah sifat lain daripada yang lain yang mempunyai corak baru yang belum pernah dikenal oleh bangsa Arab, juga belum dikenal oleh bangsa yang lain.  Pertama, kedermawanan Baginda bukanlah untuk mencari pujian atau untuk menutupi kekurangan. Bukan pula untuk berbangga-bangga atau untuk mencari keuntungan serta sanjungan. Tetapi kedermawanan Baginda semata-mata kerana Allah dan untuk mencapai Keredaan-Nya. Melindungi agama untuk menguatkan dakwah dan untuk melawan orang-orang yang menghalangi agama Allah. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 Maksudnya:

Belanjakanlah apa yang ada pada kamu kerana menegakkan agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dengan bersikap bakhil perbaikilah segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha membaiki amalannya.  

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA  

Selain itu Nabi ada nilai Altruisme; Mengutamakan Orang Lain Daripada Diri Sendiri. Sifat pemurah Nabi itu hatta mengalahkan kepentingan dan keutamaan dirinya sendiri dan keluarganya. Baginda memberikan sesuatu barang padahal baginda sendiri sangat memerlukan barang itu. Baginda memberikan pemberian yang banyak sedang baginda sendiri memerlukan sedikit sahaja apa yang diterimanya itu kerana Baginda boleh menahan diri dan bersabar. Bagi Rasulullah cukuplah hidup sebagai orang yang zuhudd. Rasulullah dianggap sebagai seorang pelindung, seorang bapa yang penuh rasa kasih sayang mendahulukan keperluan anak-anaknya daripada keperluan dirinya sendiri. Inilah tingkat sifat pemurah yang tertinggi dan dipuji oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan:”(Al-Hasyr:9)  Lantaran inilah Saidatina ‘Aisyah pernah meriwayatkan bahawa: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut-turut sehinggalah Baginda meninggal dunia. Sesungguhnya jika kami mahu, kami boleh makan kenyang, tetapi memang kami tidak mengutamakan kepentingan diri kami sendiri.”    

Rasulullah SAW memberikan sesuatu yang para pembesar dan pemimpin ketika itu, dan hinggalah ke hari ini, dan termasuklah kita juga, tidak mampu melakukannya, Baginda hidup seperti orang fakir bahkan lebih daripada itu lagi. Kadang kala, satu hingga ke dua bulan, tidak ada api yang menyala di rumah baginda bahkan kadang kala kerana lapar, Baginda berpuasa dan ada kalanya Nabi mengikat perutnya dengan batu seperti yang berlaku dalam peperangan Khandak. 

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA

Rasul SAW seboleh-bolehnya tidak mahu mengecewakan orang Lain. Rasulullah SAW melakukan sedekah di jalan Allah selagi baginda masih mampu. Meskipun demikian baginda masih menganggap sedekahnya sedikit sekali. Andai sedekah itu sudah Baginda memang dalam jumlah yang banyak, tetapi beliau tidak menganggapnya banyak. Baginda pasti selalu merendah diri dan memberi demi keperluan Islam dan belum pernah menolak andai ada di kalangan sahabatnya yang meminta.  

Suatu ketika datang seorang sahabat kepada baginda untuk meminta sesuatu. Lalu Baginda memberikan kambing yang banyak, sehingga memenuhi jalan di antara dua buah bukit kemudian orang itu kembali kepada kaumnya dan berkata: “Masuk Islamlah kamu sekalian, sesungguhnya Muhammad apabila memberi maka dia seperti orang yang tidak takut kepada kemiskinan.”  

Satu ketika Nabi menerima 90,000 dirham, kemudian wang itu diletakkannya di atas tikar lalu dibahagi-bahagikan kepada orang ramai dan Baginda tidak menolak sesiapapun yang meminta sehingga habis.  Ketika baginda kembali dari perang Hunain, datang orang Arab Badwi dan mereka meminta sesuatu. Orang tersebut memaksa baginda ke sebuah pohon dan merampas bajunya. Baginda berkata: “Kembalikanlah bajuku itu. Jika aku mempunyai haiwan sembelihan sebanyak pohon duri ini pasti akan aku bahagi-bahagikan kepada kamu sekalian dan aku bukanlah orang yang bakhil, seorang pembohong atau seorang penakut. 

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA Suatu ketika Baginda pernah menerima sejumlah wang yang banyak yang pernah diterimanya dari Bahrain, maka baginda berkata: “Letakkanlah wang itu di masjid. Kemudian baginda solat di masjid itu, tanpa menoleh kepada wang tersebut. Ketika selesai solat baginda pun duduk dan memberikannya kepada setiap orang yang memintanya kemudian barulah baginda berdiri setelah wang itu habis.”  

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA

Puncak dari pada kedermawanan Rasulullah SAW ialah merasa malu jika tidak dapat memberi kepada seseorang yang meminta kepadanya. Baginda merasa malu kalau orang yang meminta itu pulang dengan tangan kosong. Ada seorang datang dan meminta sesuatu. Baginda berkata: “Aku sekarang tidak mempunyai apa-apa, tetapi kamu belilah keperluanmu, hutangnya atas tanggunganku, nanti bila aku telah mempunyai wang aku akan bayar.   Kemudian Umar bin Khatab berkata: “Wahai Rasulullah, orang itu telah engkau beri sebelum ini, sesungguhnya Allah tidak membebanimu dengan sesuatu yang engkau tidak mampu memikulnya.”  Nabi tidak gembira mendengar itu kata-kata Umar itu, lalu seorang dari Ansar berkata: “Wahai Rasulullah, berilah dan jangan khuatir bahawa Allah akan memberimu walaupun sedikit.” Nabi lalu tersenyum dan wajahnya kelihatan berseri-seri kemudian baginda berkata: “Inilah yang diperintahkan kepadaku.”  

Sehubungan itu, marilah kita menilai diri kita masing-masing sama ada kita seorang yang bersifat pemurah ataupun seorang yang bakhil dalam membelanjakan harta pada jalan kebaikan. Hal ini kerana setiap harta yang ada pada kita adalah merupakan ujian Allah Taala sama ada kita mensyukurinya atau sebaliknya. Sesungguhnya segala harta yang kita miliki tidak akan kekal selamanya kerana sampai tiba masanya akan berpindah tangan kepada orang lain pula atau hilang lenyap entah ke mana. Oleh sebab itu, Islam mengingatkan kita supaya menafkahkan harta kepada perkara-perkara yang baik untuk meraih nilai ketakwaan kepada Allah SWT. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud: 

“Kamu tidak akan sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang kamu dermakan.”

Khutbah ini disampaikan di Masji Hukama’ DBPKL 11 Mei 2007 teks Khutbah gabung jalin sumber teks dari JAWI dan HARAKAHDAILY.

Advertisements

7 thoughts on “PEMURAHNYA NABI!

  1. Kholid,

    Mana ada, Taklah, eh, janganlah!

    al-Kurauwi
    P/s mahu dikenali dalam dunia penulisan, macam Kholid! Sebaiknya dikenali pengisiannya bukan sensasi atau glamornya!

  2. Bagus sdr jd pemangkin dan pembakar ke arah kemakmuran tulisan jawi. Tapi saya takkan lupa sejarah yg tercatat bagaimana ‘mereka’ membunuh jawi. Ah, kita ini nyamuk kecil yang berdengung di telinga sang bota…

  3. Betul SF,

    Kita sama-sama ingat akan sejarah itu! Tetapi tiada guna kita menyesali sejarah itu sedangkan tiada ikhtiar untuk kita mengembalikan dan memulihkan semula warisan negara tersebut.

    Biarlah kita jadi nyamuk yang berfaedah kepada diri kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita tak sedut darah kita sendiri kan?

  4. Sheikh,
    Saya minta izin untuk guna sebahagian daripada teks khutbah ini, ya sheikh.

    Ma’asalam.

  5. Pingback: Pemurahnya Nabi SAW

  6. Ja, Herr Ehling, der Welt würde es wesentlich besser gehen, hätte man die Erfinder von Rad und Messer gleich gesteinigt und die Erfindungen vergraben. Sceclhßliih sterben durch diese beiden Erfindungen täglich zahllose Personen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s