SAYA DAN JAWI

 

Hari ini 21 Mei 2007 wajah saya terpampang besar di akhbar Utusan Melayu bilangan ke-217 dengan tajuk ‘Pembakar Semangat Jawi’ saya petik kenyataan akhbar seperti yang berikut:

” KUALA LUMPUR – Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk membakar semangat Jawi di kalangan pelajar dan orang dewasa dalam usaha memartabatkan semula tulisan Jawi di negara ini.

Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Azman Ahmad tidak terkecuali, malah beliau salah seorang pakar Jawi telah menggunakan komputer semasa mengajar, selain memberikan kefahaman turut membakar semangat Jawi di kalangan para peserta. Usaha bersungguh-sungguh beliau menempakkan hasil kerana proses pembelajaran mudah, tidak membosankan dan penerangan yang jelas berkaitan ejaan baru Jawi.

Itulah usaha terbaru Perpustakaan Negara Malaysia menerusi Klinik Jawi yang mendapt sambutan ramai sebagai susulan Semarak Jawi yang dilancarkan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. rais Yatim Januari lalu.” 

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya majikan saya Dewan Bahasa dan Pustaka. Moga-moga warisan Melayu kebanggaan kita ini terus dipertahankan kelangsungannya dan disemarakkan kempennya berterusan.” – al-Kurauwi

Advertisements

5 thoughts on “SAYA DAN JAWI

  1. Tahniah ustaz. Keluar muka depan akhbar! Jawi di Brunei, semua akui jauh lebih baik. Begitu juga dengan Urdu; pertuturan dan penulisan. Termasuk penulisan Arab untuk tujuan komersial. Nah, suatu tanda aras perlu dibuat. Saya nampak, semacam undang2 perlu digubal untuk Jawi. Jawi bukan sekadar lambang Melayu, bahkan lambang Islam di hati orang Melayu dan Malaysia.

  2. Zul, saya baru habis buat kajian penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan jabatan kerajaan. Saya tengok Kelantan satu-satunya negeri yang memartabatkan tulisan Jawi ini. Mereka mewajibkan permis perniagaan, papan iklan, gegantung, nama-nama jalan di tulis dalam Jawi di atasnya.

    Kedah, Perlis, Johor dan Selangor antara negeri yang masih mengekalkan tulisan Jawi di jalan-jalan perbandaran yang lain tak ada!

  3. Assalamualaikum ustaz.

    Tahniah atas kesungguhan memperjuangkan tulisan jawi. Saya ingin mencungkil cerita, apakah sudah ada kajian dibuat terhadap perbandingan tulisan melayu jawi dengan tulisan turki osmanli?

    Ingin tahu.. andai ustaz ada maklumat untuk membantu

  4. Waalaikum salam, Hasrizal.

    Malu nak tunjuk blog yang tak ‘berupa’ ni kepada anta, walaupun setiap minggu ana berkunjung ke blog anta. Maaflah tak meninggalkan jejak pun sedang, ilmu banyak yang ana manfaatkan.

    Di DBP, memang kepakaran ana dalam tulisan Jawi. Sejauh bacaan ana belum terjumpa lagi kajian perbandingan tulisan melayu Jawi dengan tulisan Turki Osmanli. Ana akan rujuk dengan pakar-pakar Jawi nanti.

    Sekarang ini, ana sedang tangani kajian tentang kata serapan Arab dalam tulisan rumi bahasa Melayu yang mengalami ketidakselarasan ejaan dalam kamus. Kemungkinan tanda koma (‘)= ع akan dikembalikan semula.

  5. assalamualaikum ya ustaz…

    Tahniah atas segala usaha-usaha ustaz yang telah dilakukan selama ini untuk memartabatkan tulisan Jawi.
    Saya ada dengar bahawa ustaz adalah salah seorang ahli panel yang terlibat dalam projek K-Jawi. Boleh ustaz nyatakan kemajuannya setakat ini dan apa pendapat ustaz tentang projek tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s