KULIT BEDAR SUKMA BISU

BLURB

NOVEL ini memperlihatkan dunia intelektual Melayu dalam industri pembuatan dengan segala falsafahnya. Di dalamnya turut termuat perihal korporat dan globalisme Melayu ratusan tahun dahulu, dengan penampilan gabungan watak antarabangsa dari negara berlainan tetapi dalam satu kesatuan keluarga. Sebuah saga empat generasi bermula daripada Ben Qurtubi sebagai generasi pertama hingga kepada Haiqal Chen generasi keempat.

Novel ini mengangkat kisah bauran teknik lama dan baharu seperti sejarah dan mitos, realisme dan realisme magis. Begitu juga pengangkatan martabat watak-watak saganya ke tahap “mitos dan legenda”, mewujudkan misteri dalam kalangan mereka. Penggunaan bahasa tinggi dan intelektual dalam novel ini, bersesuaian dengan martabat mulia watak-watak yang menghidupkan saga itu.

Novel ini meyakinkan kita tentang dunia maritim persis milik dan keagungan tradisi Melayu, dengan nama-nama perahu yang beraneka dan watak-wataknya juga dalam sebuah saga seperti Ben Qurtubi, Marwan Qurtubi, Wefada Marwan dan Haiqal Chen.  

“Novel BEDAR SUKMA BISU ini masih belum ada di pasaran. Kulit novel ini saya terima dari perekanya Abang Lan di sesawang http://cowgumrubber.blogspot.com  Saya secara peribadi tak sabar menunggu penerbitan novel ini dek prestijnya setelah memenangi Hadiah Pertama (RM50,000) kategori novel dewasa, Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP. Apa pun tahniah Faisal, kami tumpang berbangga!” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s