SF DAN LAGUKAN SENANDUNG ITU

 

BLURB 

Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.  

Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya. 

“Kulit novel ini saya terima dari perekanya sendiri Abang Lan di http://cowgumrubber.blogspot.com  Secara peribadi, novel ini antara kulit novel yang tercantik dan simbolik pernah saya tengok. Harap-harap pembaca kita berselera untuk memilikinya. Tahniah SF moga lebih laju menulis!” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi.

Advertisements

2 thoughts on “SF DAN LAGUKAN SENANDUNG ITU

  1. Terima kasih Man, sekaliannya saya serahkan kepada Dia. Terima kasih juga atas blurb itu, saya copy dan letakkan di blog saya. Sampaikan salam terima kasih kepada sdr Lan yang menghasilkan kulit novel yang sangat damai dan indah itu, meskipun begitu – itu adalah gendang dari aliran jawa, bukan dari aliran Melayu. Pun begitu terima kasih saya kepada anlian banyak2.

  2. Salam
    Terima kasih atas respon kepada SMS saya semalam.
    Pertamanya – Cerita dalam novel itu sebenarnya menggunakan Gendag Silat Kedah, tapi yang dalam deraf kulit itu ada gendang gamelan atau aliran jawa.

    Kedua – kedudukan gendang adalah salah. Sepatutnya yang muka besar berada di bawah. Yang kecil di atas.

    Ketiga – nama saya telah disalah eja, sepatutnya ‘Faqir’ bukannya ‘Fakir’.

    Ke-4 – Warna merah, memang cun!

    Ke-5 – Kalau perlu saya bawa gendang itu saya boleh bawa kepada jurugambar untuk ambil semula.

    TErima kasih Man atas keprihatinan saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s