JAWI DI SELAMAT PAGI MALAYSIA

 

1-    Bagaimanakah bermulanya sejarah dan perkembangan tulisan jawi di Malaysia? 

Sebelum itu, Ustaz Irwan izinkan saya jelaskan di sini mengapa tajuk PELESTARIAN TULISAN JAWI ini penting dalam segmen ini. Bila kita membincangkan mengenai hadhari; ketamadunan ummah itu, bukan faktor kebendaan sahaja yang seharusnya menjadi ukuran standard. Tetapi agamanya, bahasanya, budayanya dan termasuk tulisan. Bila terhakisnya agama, bahasa, budaya dan kesenian dan termasuk tulisan maka terhakis jugalah tamadunnya.  

Secara ringkasnya latar belakang kemunculan tulisan Jawi dikatakan ada hubung kaitnya dengan sejarah kedatangan Islam ke kepulauan Melayu ada yang mengatakan pada 55 hijrah dan ada yang mengatakan 505 hijrah Apabila Islam datang, Islam membawa ajarannya berasaskan al-Quran dan hadis yang bertulisan Arab. Tulisan Jawi yang bersumberkan tulisan Arab/Islam yang telah dipinjam oleh orang Melayu untuk menggantikan tulisan hindu yang digunakan sebelum itu.  

Kemudian berlakunya evolusi abjad jawi daripada abjad Arab itu. Bagi kata-kata Melayu yang tidak ada lambang fonetik dalam huruf Arab, diciptakan lambang yang baharu sebahagiannya dipinjam daripada tulisan Parsi-Hindi yang sedia ada. seperti huruf  CA – JIM, NGA – GHAIN,  PA – FA, GA – KAF, VA – WAU, NYA –  THA. Huruf-huruf yang digubal oleh genius orang Melayu inilah diguna pakai hingga ke hari ini. Tulisan jawi kemudiannya berkembang daripada tulisan Arab yang menggunakan sistem baris kepada penggunaan abjad vokal alif, wau dan ya.

2 -      Adakah cara penulisan dan pemahaman tulisan jawi pada zaman dahulu dan sekarang berbeza? 

Sistem penulisan Jawi dahulu dan kini tidak jauh bezanya. Tulisan Jawi kini tetap berasaskan sistem yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Berasaskan aturan sistem Za’ba itulah usaha membaiki, melengkapkan, memperjelas, memudahkan, menyelaraskan dan mengemaskinikan dilakukan sehingga terhasilnya sistem ejaan Jawi yang mutakhir dan dimuatkan dalam daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) terbitan DBP.  Perubahan ini harus berlaku, kerana bahasa dan tulisan itu ialah suatu yang hidup berkembang selari dengan perkembangan zaman. Cepat atau lambat perubahan tersebut pasti akan berlaku dan ia relevan untuk digunakan pada masa kini dan pada masa yang akan datang terutama demi generasi baharu dan pada masa yang sama tidak meminggirkan orang Melayu dahulu. Berasaskan Kajian Dr. Amat Johari Moin ada 15 perbezaan sahaja, yang lain sama sahaja. Antaranya;

1.    Sistem ejaan Jawi Za’ba mempunyai banyak undang-undang dan aturan kemudian banyak pula kekecualian sehingga menyukarkan pelajar dan golongan generasi baharu untuk memahami. (Ada 20 undang-undang tidak termasuk pecahan-pecahan. Pengecualian ini dimuatkan dalam bab peringatan-peringatan dalam buku daftar ejaan Melayu Za’ba.

2.    Dalam Sistem ejaan jawi Za’ba terdapat satu fonem Melayu – hentian glotis diberi padanan dengan tiga huruf Qaf, Kaf dan Hamzah. Contohnya (batuk (qaf), rokok (hamzah) dan baik (kaf) Dalam sistem ejaan Mutakhir hanya satu sahaja dipakai iaitu qaf.

3.    Sistem ejaan jawi Za’ba tidak dijelaskan kaedah mengeja kata-kata pinjaman bahasa Inggeris. Dalam pedoman jawi mutakhir diberikan panduan khas. Contohnya bagi huruf  F dan P, (faktor atau politik) JIM dan GA (generasi) atau V dan W (van atau wau)

4.    Terlalu banyak perkataan yang dieja secara homograf. Seperti   ضولي sama ada dibaca guli atau gulai. توفي Topi atau tupai. Ejaan mutakhir diberi alif pembeza.

‘Ah, masanya begitu mencemburui. Masakan 15 minit boleh huraikan segala-galanya dari A-Z’ – Ibnu Ahmad al-Kurauwi 

About these ads

4 thoughts on “JAWI DI SELAMAT PAGI MALAYSIA”

  1. harap ustaz boleh banyakkan lagi maklumat mengenai perkembangan tulisan jawi di dalam sistem pendidikan di malaysia

  2. Farafishah,
    Terima kasih atas perhatian. Kalau tidak penambahan maklumat, saya akan tengok-tengokkan rujukan lain yang boleh membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s