BAHASA MELAYU VS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Ahad, 24 Jun 2007, Uthaya Sankar SB, telah menulis sebuah sajak yang bertajuk ‘PE(R)JUANG(AN) BAHASA II’ yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia ruangan puisi. Sajak ini telah menimbulkan sedikit ribut dalam kalangan sasterawan, karyawan, pencinta bahasa dan tokoh-tokoh bahasa tanah air. Ada yang pro ada yang kontra mentafsirkan sajak ini. Apa pandangan anda?

Kuraikan kejayaan

menumpaskan petualang

kusambut kemenangan

menewaskan dalang.  

Tari si dalang sudah berakhir

kemenangan kini ada di tangan

di muka kelir menari-nari

wijaya perjuangan nekad dan berani.  

Nescaya ada lagi dalang dan talam cuba mencabar

kita cabar ia di muka pentas

buktikan siapa benar, siapa bertopeng

kejayaan tetap bagi kebenaran.  

Ayuh kita raikan kejayaan

ayuh kita sambut kemenangan

petualang bahasa sudah tumpas

dalang bahasa sudah tewas. 

Dirgahayu bahasaku!

Dirgahayu Bahasa Malaysia!

Advertisements

11 thoughts on “BAHASA MELAYU VS BAHASA MALAYSIA

  1. Sdr, sajak berkenaan bukan mengenai “Bahasa Malaysia” vs “Bahasa Melayu”. Apabila sudah dibaca dengan tanggapan salah sepeti itu, maka jadilah salah tafsir terhadap setiap perkataan dalam sajak itu.

  2. Saya terpanggil untuk memberi reaksi terhadap tulisan yang disiarkan dalam ruangan “Naqdu bersama Salbiah Ani” (Berita Harian, 5 Julai 2007, halaman B13).

    Sebagai penulis yang menghasilkan sajak “Pe(r)juang(an) Bahasa II” (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007), saya ingin menegaskan bahawa makna sajak berkenaan telah disalahertikan oleh Salbiah Ani.

    Sajak berkenaan adalah berkaitan perjuangan memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Malaysia (yang juga dikenali sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Malaysia.

    Salbiah Ani ternyata mentafsir sajak berkenaan sebagai menentang “Bahasa Melayu”. Saya tidak tahu bagaimana beliau sampai kepada kesimpulan yang tersalah sasar seperti itu.

    Saya mengakui sifat sajak sebagai sebuah karya sastera yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna. Mungkin sahaja Salbiah Ani menganggap bait “Dirgahayu bahasaku/Dirgahayu Bahasa Malaysia!” sebagai bait yang menentang istilah “Bahasa Melayu”.

    Sedangkan sajak berkenaan secara nyata adalah mengenai bahasa kebangsaan yang perlu terus didaulatkan walaupun menerima saingan daripada bahasa-bahasa lain. Mesej sajak itu amat nyata dan mudah difahami.

    Malah, salah tafsir yang lebih ketara adalah apabila Salbiah Ani menganggap, “beliau melabelkan pejuang bahasa sebagai dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar.”

    Ternyata Salbiah Ani tersasar langsung daripada mesej sebenar sajak. Kandungan sajak itu mengatakan bahawa “pejuang bahasa” perlu berhadapan dengan “dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar”, bukannya “pejuang bahasa” itu sendiri menjadi “dalang, petualang dan talam”!

    Saya tidak percaya bahawa Salbiah Ani sebagai seorang pengelola ruangan sastera yang sangat berilmu dan amat saya segani akan membuat salah tafsir terhadap sebuah sajak yang secara amat jelas menunjukkan bagaimana seluruh rakyat Malaysia perlu sama-sama menjadi “pejuang” terhadap bahasa kebangsaan walaupun akan menerima cabaran daripada pelbagai pihak.

    Apapun, saya tetap mengakui hakikat sajak sebagai sebuah karya yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna mengikut tahap penghayatan dan emosi setiap pembaca.

    Namun, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk menegaskan bahawa ulasan yang dibuat dalam ruangan “Naqdu bersama …” (Berita Harian, 5 Julai 2007) adalah tidak benar dan terkeluar daripada makna sebenar sajak berkenaan.

  3. Saudara Uthaya,
    Terima kasih kerana berkunjung dan menjawab persoalan ini. Sebab itu saya nyatakan pada awalnya bahawa ada yang mentafsirkan sebaliknya makna sajak itu. Ada yang pro dan banyak yang kontra.

    Terpulang kepada penulis sendiri yang mengetahui ‘nawaitu’nya sama ada ‘pro’kah atau ‘kontra’kah! maksud asalnya.

    Tulisan saudara ini telah menjawab maksud yang sebenar!

  4. Tari si dalang sudah berakhir

    kemenangan kini ada di tangan

    memetik dua baris sajak ini, saya tidak dapat menerima perjelasan saudara Uthaya seperti yang dimaksudkan. Masih ada beberapa persoalan yang timbul jika pembaca yang boleh membaca berfikir seperti berikut “Adakah bahasa Melayu (Malaysia) telah berjaya didaulatkan di Malaysia hari ini sepenuhnya? kecualilah kalau pengajaran sains dan matematik kembali ke Bahasa Melayu (Malaysia).

    Ayuh kita raikan kejayaan

    ayuh kita sambut kemenangan

    petualang bahasa sudah tumpas

    dalang bahasa sudah tewas.

    jika membaca maksud saudara Uthaya dalam perjelasannya di atas, bahawa petualang dan dalang bukan perjuang bahasa (dalam erti kata sebenar bukan berkepentingan) frasa di atas tidak dijelaskan tetapi hanya dimanipulasikan frasanya agar nampak lunak dan benar pada pihaknya.

    Kuraikan kejayaan

    menumpaskan petualang

    kusambut kemenangan

    menewaskan dalang.

    baris-baris dalam sajak ini juga bersifat peribadi dan mempunyai sejarah peribadi yang perlu dijelaskan oleh saudara Uthaya tanpa mengelirukan pembaca blog ini.

  5. syukur,
    dan apabila malam pun berlalu
    kata-kata menjadi kapal yang kehilangan pendayung
    terdampat di laut makna dan ketersiratan
    jangan disalahkan gelombang dan ombak

    kepada uthaya,
    terimalah balasan duniawi ini dengan ucapan
    telajak perahu boleh diundur
    telajak kata terima pasahnya.

    Melayu itu galang hebat dan perkasanya
    sekali hatinya disakiti bertahun dendamnya membara.

  6. hei…
    entahlah apa yang patut menjadi pegangan..
    bahasa melayu ke bahasa malaysia?
    tiada jauh beza nya pd saya…
    bahasa melayu bagi saya seolah2 utk org melayu..dr org melayu..
    tidak semua cakap melayu dan apa lagi?
    kalau bahasa malaysia , saya rasakan timbul 1 kesepakatan dlm membentuk malaysia spt slogan terkini ; 1 malaysia.
    jd yang mn patut?

  7. Dyra Khoo,
    Pilihlah bahasa Melayu – meluhurkan perlembagaan yang sudah sedia termaktub.

  8. Kalau ditakdirkan bahasa Inggeris itu menjadi bahasa kebangsaan kita, adakah ia juga akan ditukar kepada bahasa Malaysia? Dyro Khoo fahamkah maksud bahasa kebangsaan, yakni bahasa yang melangkaui bahasa-bahasa etnik dalam sesebuah negara-bangsa. Atau kita masih jahil akan makna perlembagaan itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s