LONDON
Peminat ‘DIE-hard Harry Potter’ sudah tiga hari berkhemah di hadapan kedai buku menantikan keluaran The Deathly Hallows.
Jessie Nijs, 23, dari Belgium berbangga duduk di baris paling hadapan di luar Waterstone’s book shop di Piccadilly Circus, tengah London.
FILIPINA
Seorang gadis di Filipina – peminat gila – membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik tidur disebabkan novel The Deathly Hallows itu.
MALAYSIA
KUALA LUMPUR 21 Julai – Siri novel popular, Harry Potter And The Deathly Hallows yang mula dipasarkan di sini hari ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sekali gus mencetuskan perang harga antara pasar raya dan rangkaian kedai buku di sekitar Lembah Klang. Peminat fanatik siri tersebut mula menunggu di kedai-kedai buku seawal pukul 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang memiliki naskhah yang mengisahkan lelaki yang mempunyai kuasa sihir itu.
Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati harga buku siri terakhir karya J. K. Rowling itu dijual pada harga antara RM69.90 dan RM109.90 bergantung kepada lokasi dan penjual.
Bagaimanapun, perbezaan harga yang besar itu menyebabkan ada peminat novel itu merungut dan ada juga yang mengalu-alukannya.
Soalnya, perlukah peminat novel kita ‘gila’ seperti peminat novel Harry Potter ini? – Ibnu Ahmad al-Kurauwi
bayangkan sahaja jika mereka lebih mengetahui al-quran..tentu tidak jadi seperti perkara yg disebutkan saudara.
Assalaikum utz. Azman…
Bilaa laaa agak nyer buku DBP mendapat sambutan macam buku Harry Potter ni erk?…