JAWI DI HUJUNG JARI VS JAWI DI HATI

Anda ingin menulis Jawi tetapi tidak boleh menulis? Atau anda tahu menulis Jawi tetapi tidak tahu sistem penulisan yang terkini? Mungkin maklumat di bawah sedikit sebanyak boleh membantu anda.

KECANGGIHAN teknologi siber hari ini telah melahirkan Ejawi.net atau Jawi Conveter 2.1  yang dicipta oleh Nik Muhammad Nik Abdul Kadir API, Universiti Malaya, mungkin boleh membantu anda membentuk aksara-aksara Jawi. Anda hanya perlu memasukkan tulisan rumi dalam petak yang disediakan. Jawi Conveter ini sedia membantu anda.

 

Satu lagi aplikasi Jawi pelbagai fungsi telah dibangunkan oleh Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia (KUTPM) untuk KEKKWA telah dilancarkan baru-baru ini. Ia mengandungi pemeroses perkataan Jawi, Daftar Kata Jawi, penukar tulisan Jawi dan pengimbas tulisan Jawi. Perisian ini boleh dimuatturunkan ke perisian anda melalui Portal K-Jawi yang disediakan.

Portal Jawi ini adalah portal interaktif yang dihasilkan dengan penggunaan tulisan Jawi sepenuhnya. Ia mengandungi pelbagai ciri bagi pengguna untuk melayarinya. Portal ini menyediakan pelbagi fungsi seperti forum, artikel, berita dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, andai Jawi anda hanya diletakkan di hujung jari ia tak akan dapat membantu anda menyemarakkan tulisan Jawi kerana ia akan mudah hilang, seperti hilangnya tulisan Jawi yang dicabut Tuhan di dada pencintanya. Jangan biarkan tulisan Jawi meniti hari-hari untuk ditalkinkan hanya sekadar perhiasan yang digahkan seni khatnya sahaja dan hanya alat untuk mencapai matlamat yang tertentu sahaja.  

Andai tulisan Jawi diletakkan di hati, pasti tak akan mati kerana ia dicintai, dihargai, dilestari dan dibawa hingga ke mati! – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

8 thoughts on “JAWI DI HUJUNG JARI VS JAWI DI HATI

  1. Hang ni, Kholid,
    Jangan tunggu peraduan baru celik Jawi. He, he, …!

  2. Buat dulu,
    Borang tu ada pada saya. Nanti boleh saya fakskan!

  3. Lutfi,
    Boleh cuba perisian percuma seperti ejawi di http://www.ejawi.net Walau bagaimanapun, bukanlah autantik. Harus juga merujuk ‘Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Jawi’.

  4. Ustaz, puas saya cari perisian K-Jawi dalam daerah Temerloh. Tapi tak jumpa. Hanya pejabat pelajaran temerloh saja belum tanya.

  5. Saudara Awangsoh,
    Saya pun tak tahu sama ada perisian K-Jawi ini sudah disebar ke seluruh Malaysia atau tidak. Sudahkah saudara cuba muat turun daripada laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s