DOA BUAT USMAN AWANG

 

Ya Allah Tuhan yang memiliki sifat kesejahteraan, Sesungguhnya daripada-Mu kesejahteraan, kepada-Mu jua kembalinya kesejahteraan,Hidupkanlah kami dalam kesejahteraan,Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu yang empunya kesejahteraan, 

Ya Allah Tuhan yang maha hidup dari setiap degup nadi dan hembus nafas. Tuhan yang maha memberi tidak pernah meminta balas. Syukur kami ya Allah atas nikmat kurnia-Mu yang Maha Luas. 

Oleh sebab itu, Ya Rahman. Kami rafakkan selaut puji-pujian kerana memungkinkan pertemuan pada majlis pelancaran buku Sasterawan Negara Usman Awang sambil mengeratkan jalinan ukhuwah & kasih sayang sesama yang hidup mahupun yang telah ditinggalkan. 

Maka itu Ya rahman, Jadikanlah majlis kami pada malam yang indah nian,Dipayungi rahmat dan keredaan,Kekal terpelihara daripada segala kekurangan dan kelemahan, 

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim,

Pada malam ini tidak lupa kami doakan kesejahteraan buat arwah usman awang, seorang guru, pejuang bahasa, sastera & bangsa terbilang. Pinjamkanlah kami daripadanya semangat & kekuatan. Kurniai kami jiwa perkasa demi menghasilkan khazanah dan karya,Yang kesannya membentuk insan berilmu beriman dan bertakwa Tetap menjaga martabat manusia, Kukuh teguh terus terpelihara demi agama, bangsa dan negara. 

Allahumma Amin.. Ya Mujibas Sa’ilin, Ya Rabbal Mustada’fin Ya Rahman Ya Rahim.

Doa sempena majlis baca puisi dan pelancaran antologi cerpen “Turunnya Sebuah Bendera” pada 1 September 2007 di Pasar Seni Kuala Lumpur. Terima kasih kerana memercikkan semangat buat insan kecil kepada Sasterawan Negara terbilang – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s