GURU AGAMA TAK PANDAI JAWI

 

KUALA TERENGGANU: Lebih 100 guru agama di negeri ini yang kebanyakannya ustazah yang mengajar di sekolah kebangsaan dikesan tidak mahir menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik walaupun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Puisi, Cerpen dan Seni Khat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Alwi Mohamad dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Rosol berkata, perkara itu dikesan melalui satu ujian khusus tulisan Jawi di kalangan guru agama yang diadakan di Setiu, baru-baru ini.

Justeru, katanya, satu pendekatan segera akan dilaksanakan kerajaan negeri khusus untuk membantu meningkatkan kemahiran tulisan Jawi di kalangan guru agama bagi mengatasi masalah itu dalam jangka waktu terdekat.

“Kerajaan negeri cukup memandang serius perkara itu dan terkejut apabila mendapati ada guru agama yang gagal menguasai sepenuhnya tulisan Jawi meskipun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam,” katanya. 

Rosol berkata, untuk itu pihaknya meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan kursus khas pengukuhan tulisan Jawi di kalangan guru agama terbabit bagi guru agama di bawah kerajaan negeri.

“Bagi guru agama di bawah Kementerian Pelajaran, diharap satu kursus khas dijalankan melalui Jabatan Pelajaran negeri supaya masalah ini dapat segera diatasi.

“Tulisan Jawi perlu dipelihara kerana ia adalah khazanah jati diri bangsa Melayu yang perlu dipelihara dan diletakkan pada martabat yang tinggi,” katanya.

Selain itu, katanya, mata pelajaran khusus untuk memberikan kemahiran di kalangan pelajar kepentingan tulisan Jawi perlu diperkenal dan dipertingkatkan bagai memastikan tulisan Jawi tidak terus dipinggirkan.

Sementara itu, dalam pertandingan yang diadakan, seorang pelajar Ahmad Fadhlil Mohamad Fakarul Razy memenangi hadiah utama kategori puisi serta membawa pulang wang tunai RM1,000.

Kategori cerpen pula dimenangi Abdul Fatah Abdullah@Abas yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala hadiah utama kategori seni khat yang menawarkan hadiah sama dimenangi Syed Omar Syed Mohamad.

Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Minggu 2 september 2007 oleh Hamid Salleh. Sumber gambar Senyum Kambing, Mingguan Malaysia – al-Kurauwi

Advertisements

One thought on “GURU AGAMA TAK PANDAI JAWI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s