BOIKOT CABANG JIHAD

 

ADA seorang kenalan marah-marah dengan kempen boikot barangan Yahudi dan Amerika sewaktu rejim itu membantai Lubnan dan memporak-perandakan negara Palestin. Apa, dengan memakai gelang getah di tangan tu (bertulis boikot barang Yahudi dan Amerika) ekonomi mereka akan jatuh ke? Malah sikit pun tidak akan menjejaskan negara mereka, katanya.

Inilah sebahagian daripada mentaliti kita yang gopoh dan mahu sahaja Tuhan menurunkan bala berupa hujan api dari langit. Kita sering kali mahu melihat natijahnya sahaja tanpa memikirkan apakah ikhtiar yang telah kita lakukan di saat segala macam penghinaan dan kezaliman yang telah mereka lakukan. Sekecil-kecil ikhtiar itu lebih baik daripada merungut-rungut sekampung, berkeluh-kesah tanpa tindakan atau hanya menyalahkan orang lain.

Tidak ada salahnya amalan memboikot dalam Islam malah ia merupakan salah satu cabang jihad. Boikot sebagai penyataan rasa tidak bersetuju harus diperjuangkan berasaskan prinsip-prinsip syariah tidak boleh melampaui akhlak dan kesucian agama Islam. Boikot terbukti boleh menjadi senjata yang ampuh apabila isu penyebaran karikatur menghina Rasulullah SAW oleh akhbar-akhbar Barat suatu ketika dahulu berjaya memberi impak negatif kepada ekonomi negara mereka.

 

Demonstrasi sebagai contoh adalah penyataan rasa tidak bersetuju yang merupakan salah satu daripada bentuk boikot juga tetapi biarlah ditimbal balik kesannya. Andai impaknya positif buatlah secara aman bukan dengan kekerasan. Andai kesannya negatif apatah lagi yang boleh mengundang kemusnahan dan mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah haruslah dijauhkan dan dicari kaedah yang lebih baik.Isu kenaikan harga barang-barang yang semakin meluas dilaporkan di media sejak kebelakangan ini, khususnya selepas pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi sektor awam biasa, dan tambahan 20 peratus untuk polis dan anggota tentera menyebabkan autonomi sesuatu barang itu telah dinaikkan sewenang-wenangnya. Maka mengapa senjata boikot tidak boleh dijadikan alternatifnya? Boikot dengan prinsip-prinsip syariah antaranya menggunakan kuasa yang sedia ada di telapak tangan kita. Kaedah boikot seorang pemimpin tentulah berbeza dengan rakyat biasa. Boikot seorang pemimpin memastikan kuasa boikotnya terhadap kerakusan pemborong dan peniaga dikenakan tindakan yang sewajarnya agar harga barangan tersebut dapat dikawal dan tidak membebankan rakyat.  

Kuasa rakyat sebagai pengguna ialah menggunakan kuasa beli yang kita ada agar barang-barang yang sewenang-wenangnya dinaikkan dapat diperhatikan, dilaporkan dan diperturunkan semula harganya. Malah dalam skop yang lebih luas antara produk Islam dengan produk bukan Islam atau yang halal dengan yang haram, maka wajib kita mengambil barang produk Islam untuk memperkuat ekonomi negara dan menghindari barang-barang lain walaupun tindakan tersebut kononnya tidak melemahkan ekonomi mereka.

Malah sirah Rasulullah memberikan panduan kepada kita dalam hal ini. Madinah di bawah kepemimpinan Rasulullah SAW pernah diembargo berminggu-minggu oleh suku Quraisy dan suku-suku Arab lainnya. Keadaan Rasulullah dan sahabat saat ketika itu benar-benar susah. Barang-barang tidak boleh dibeli dan dijual hingga untuk mendapatkan sepotong roti pun begitu sukar.

Namun Rasulullah tidak cemas malah baginda segera mengatur strategi perniagaan yang bijak lalu membina pasar alternatif sesama Islam demi menandingi tumpuan masyarakat kepada pasar Bani Qainuqak milik Yahudi tersebut. Lama-kelamaan pasar tersebut hilang pengunjung dan hilang daya tarikan. Alangkah berhikmahnya pendekatan boikot Nabi SAW!

Artikel ini tersiar di Majalah Dewan Masyarakat September 2007 – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

One thought on “BOIKOT CABANG JIHAD

  1. Pingback: JOM BOIKOT DUTCH! « IBNU AHMAD AL-KURAUWI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s