SYAWAL DAN TINTA ELIPSIS

 Hampirnya Ramadan melabuhkan tirai,
Syawal kurnia Rabbulalamin;
Ampun dan maaf dosa terlerai,
Kekal ukhuwah ceria terjalin.

Syawal datang penuh barakah,
ziarah menziarah jangan diabai;
Belilah Tinta Elipsis sebagai sedekah,
Juadah ilmu buat jiran dan handai.

Salam Aidil Fitri buat tetamu laman sesawang ini, selamat berpuasa enam Syawal. Maaf andai tutur tinta yang tersalah bicara.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi sekeluarga,
Pegawai Perancang Bahasa,
Bahagian Penyelidikan Bahasa,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Novel Tinta Elipsis boleh dibuat dengan pesanan secara talian terus ke o13 6765617 atau 03 21482791. Harga jauh lebih murah bakal ditawarkan.

Advertisements

2 thoughts on “SYAWAL DAN TINTA ELIPSIS

  1. salam ramadhan salam syawal buat akhi alkurauwi … syukran atas kunjungan ke blog ana, rasanya ini baru kali pertama ana menjengok blog ni, rupanya org hebat … semoga terus berjaya …. tentang poster FREEDOM 4 PALESTINE tu … nak upload insyaAllah mudah je, first sekali kita

    1- kita kena upload gambar, apa-apa je gambar ke akaun photobucket kita jika ada, kalau tak ada, kita guna wordpress pun boleh pada bahagian write post,

    2- kita upload, kemudian kita ambil kod html dia,

    3- kita pergi ke bahagian presantation pada akaun wordpres kita kemudian klik pada widgets

    4- kita tarik kotak widget ke side bar … kotak tersebut mestilah yang berlabel ‘text 1’ atau ‘text 2’ … kemudian paste kan saja kod yang telah kita copy tadi ..

    5- kemudian save changes dan sedia untuk terpapar .. insyaAllah …

    kalau berminat dengan psoter FREEDOM tu saya boleh bagi kodnya, insyaAllah, tapi skarang ni server down sket… takleh nak loading page banyak2 ….

    sekadar ni dan setakat ni yang mampu saya bantu … mudahan-mudahan kita terus on contact … 🙂

    selamat hari raya ….

  2. saya dah cuba comment, tapi tak terpapar… tak tahu apa masalahnya, mungkin akhi tahu sebab apa.. dan kalau banyak sangat komen yg same … mintak maaf ye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s