KITA YANG MANDULKAN KD4

 

Petikan Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat

Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum.

Walau bagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label bp sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan, sesuai dengan konteksnya.

Maknanya, kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah, atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya.

Petikan Panduan Penggunaan

2.2 Bentuk standard dan ejaan rasmi

Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (sering kali dengan maklumat-maklumat selanjutnya). Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang , merupakan variasi kepada standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.

2.3 Variasi kata

(i) Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. 

Bukan menyebelah sekadar mencelah memberi sedikit cerah – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

2 thoughts on “KITA YANG MANDULKAN KD4

  1. ustaz, apa kata baca doa – aku aminkan… moga orang yang terlebih ‘tahu’ tentang bahasa Melayu ini berhenti bercakap berdegar-degar tapi tak buat apa-apa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s