KORBAN DAN NOVEL INSYIRAH

Menghasilkan Novel Insyirah merupakan kerja luar biasa yang pernah saya usahakan. Falsafah korban dalam Aidil Adha tersangat masak maknanya dalam diri. Bayangkan dalam tempoh dua bulan – sebulan setengah mencipta dan dua minggu menyemak – akhirnya kerja yang mustahil itu termampu juga dijelmakan. Kata pepatah di mana ada kemahuan …

Novel Insyirah adalah novel pertama saya yang dihantar untuk sayembara. Sinopsis Novel Insyirah ini pernah tersiar di akhbar Berita Minggu dengan tajuk ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’. Kelahiran Novel Tinta Elipsis benar-benar memberi inspirasi dan semangat untuk menghasilkan novel baharu.

Novel pertama ‘Tinta Elipsis’ memakan masa 6 bulan untuk menyiapkan. Terima kasih kepada Bonda Zaharah Nawawi dan KAPEZI On Line yang memupuk semangat kami untuk menulis satu bab seminggu.  Entah dari mana datangnya kekuatan Novel Insyirah, saya mampu menghasilkan satu bab dua malam sahaja, sangat istiqamah antara Maghrib hingga jam 12 malam.

Novel Insyirah ini mengandungi 25 bab, jangkaan saya setebal 400 muka surat mengangkat watak remaja perempuan ‘kampung’ menempuh cabaran di bandar. Petikan prolog novel ini.

“… Andai benar Tuhan izinkan, tanyakanlah aku tentang cinta Insyirah Nabilah. Ya, cerita tentang cinta gadis muda yang sedang meniti usia remaja. Cerita ini bukan cerita cinta mudi-muda yang bernafsu di mata lalu jatuh di hati merasuk goda dengan dosa. Benar, ini cerita tentang anak tunggal yang cukup iman di dada yang jarang-jarang ada seperti dia. Hatta ada mata yang terkhilaf memandang dan bertanya dek zulmatnya dunia, masihkah lagi ada anak-anak muda seperti ini?”

Terima kasih atas segala sokongan semua pihak buat ‘penulis rebung’ yang baru nak menyucuk mata penanya dan ucapan tahniah yang sahabat-sahabat pasakkan – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

8 thoughts on “KORBAN DAN NOVEL INSYIRAH

  1. sheikh, kita cari model awek yang berkenan di hati untuk cover novel ini. persoalannya: mana nak cari? ha ha.

    one more thing, kita cari photographer yang handal juga untuk memotretkan model awek tu nanti.

  2. Salam Dinda Azman
    TAHNIAH… hingga sekarang saya taajub pada mereka yang dapat menghasilkan novel. masya Allah…

  3. salam ya ustaz,

    Insyirah ni dalam usia berapa,
    jika dalam meniti untuk disunting, pasti besar nilai perasaannya. jiwa remaja sangat banyak dugaan.

  4. Wa alaikum salam Nurrun,

    1. Andai datang ke DBP, singgah-singgahlah ke tingkat 24. Harga ‘Tinta Elipsis’ tentunya lebih murah apabila bertemu dengan penulisnya. Bahkan boleh memperoleh tinta hitam lagi. hehe

    2. Insyirah digambarkan remaja usia muda – sedang mengambil SPM begitu. Gadis sebaya itu, hari ini, andai baik + rajin + solehah sekalipun, hanya berani memerap di rumah. Jarang melihat mereka di masjid atau surau. Tak berjemaah pun, sekurang-kurangnya hadirlah dalam majlis ilmu. Wallah hu A’lam. (Pengalaman 5 tahun tinggal dalam masjid/surau)

  5. InsyaAllah nak jenguk juga pesta buku Ahad depan. lama dulu pernah baca novel ‘songket berbenang emas’, tentang pelajar(lupa namanya) yang ambil stpm, besar sungguh jiwanya.

    Insyirah… nama anak saudara.

  6. kat mana boleh beli buku insyirah ni? berminat sgt nk baca.. try cai kar ekspo buku islam di kuantan parade kelmarin tapi xde..

    atau kalau boleh beli online?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s