NIAT, AZAM & ISTIQAMAH VS 2008

Dj. Irwan: Terangkan kepentingan niat dalam melakukan sesuatu perkara menurut ajaran Islam.

al-Kurauwi: Niat merupakan lambang kepada setiap perbuatan. Niat menentukan matlamat dan tujuan. Kehidupan tanpa arah tujuan dan matlamat umpama mengejar bayang-bayang.  Niat sahaja menambah pahala. Suatu amalan hanya dengan Niat sahaja dapat pahala. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya

Niat penentu ibadah. Islam menjadikan pekerjaan itu adalah sebahagian daripada Ibadah dengan syarat ianya terkandung dalam teras niat untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Niat juga penentu Mardatillah, seperti yang kita ikrarkan setiap kali kita menghadap Rabbuljalil Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku lillahirabil A’lamin

Dj Irwan: Jelaskan kaitan antara niat, azam dan tekad serta kesannya dalam sikap dan tingkah laku seseorang.

Niat ialah lintasan hati. Dalam Kamus Dewan, niat ialah 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan 2. ingatan (dalam hati): ~ 3. janji (dalam hati) untuk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yang dihajati.Manakala azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan. Azam merealisasikan niat agar tercapai apa matlamat yang kita arahkan dan harus diiringi dengan tawakal. Firman Allah, “Apabila kamu berazam bertawakallah kepada Allah.”

Tekad ialah kemahuan yang sungguh-sungguh (untuk mencapai sesuatu), kepercayaan yang sungguh-sungguh, kebulatan hati. Kemahuan ini diikuti dengan kesedaran dan tanggungjawab. Andai mahu bercita-cita menghafal al-Quran kerana Allah, itulah niat. Diikuti dengan azam, iaitu usaha untuk menghafal; belajar, membaca. Tekadnya untuk menjadi seorang hafiz atau menghafal jumlah tertentu.

Dj Irwan: Memandangkan hari ini telah masuk hari pertama untuk tahun baru 2008, apakah langkah dan tindakan yang sepatutnya kita, selaku umat Islam khasnya, lakukan supaya dapat beristiqamah dalam setiap kerja positif yang dilaksanakan.

al-Kurauwi: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah (nasib) sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah (nasib) mereka sendiri”. (Surah Ar-Raad:11Sayid Qutb rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini dalam kitab tafsir Fi Zilalil Quran, berpendapat bahawa setiap perubahan ke arah kebaikan, bermula daripada pemerhatian dan koreksi terhadap dasar diri

1. Elemen yang paling penting sekali ialah hati. Rasulullah SAW bersabda : “Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging…”

2. Akal – Mental juga hendaklah dibentuk dengan makanan yang sesuaidengan fitrah kejadiannya. Konsep belajar hingga ke akhir usia, baik dengancara menuntut ilmu, mendampingi para ulama, mengkaji, berbincang, berfikir dan sebagainya.

3. Elemen jasadjuga berperanan penting dalam menentukan istiqamah. Islam memang sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan. Kalau tidak sihat bagaimana nak istiqamah. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Akal yang sejahtera terletak pada tubuh badan yang sejahtera”  Dj Irwan: Kita sebagai umat Islam digalakkan agar selalu muhasabah diri. Apakah kebaikan atau hikmah daripada sikap suka muhasabah diri. Dj Irwan: Terdapat juga sikap segelintir umat Islam yang alpa dan tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu. Apa pandangan ustaz tentang hal ini.

Pertama, Introspeksi sebelum memulakan niat dan azam ia bermula dengan; 1. Meninjau (survey). Apa yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali iaitu; meninjau dengan mata hati dan melihat ke dasar hati terhadap matlamat kita bekerja, adakah sebenarnya berada pada landasan yang betul iaitu kerana Allah SWT

2. Merujuk, bertanya atau bermesyuarat dengan jalan syura. Kita biasa mendengar pepatah Melayu menyebut ‘Tak bertanya sesat jalan’,

3. Diagnosis iaitu proses menganalisis sebab dan akibat dan kesan sebelum terhasilnya usaha atau perancangan tersebut.

4. Langkah terakhir merancang.  Justeru itu introspeksi ini harus digerakkan dengan perancangan teliti tidak sekadar impian kosong dan semangat bersifat seketika.

Muhasabah kedua ialah ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Meneliti dan melakukan ‘check list’ akan setiap apa jua tindakan yang sedang dilaksanakannya.

Ketiga, muhasabah setelah melaksanakan  sesuatu pekerjaan. Introspeksi ini merangkumi aspek menilai (appraise) akan setiap usaha yang telah dibuat. Adakah usaha kita itu mencapai sasaran atau sekadar memenuhi tanggungjawab atau beroleh pencapaian yang maksimum setelah melangkaui sasaran yang diberi. Muslim yang cemerlang akan dilihat daripada kebijaksanaannya mengurus akaunnya (pahala dan dosa) dengan Allah SWT.

Transkripsi ini dipetik dari program Selamat Pagi Malaysia 01 Januari 2008 di RTM !. Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ibnuahmadalkurauwi ini.

Advertisements

One thought on “NIAT, AZAM & ISTIQAMAH VS 2008

  1. Salam tuan,

    Nota ini tak de kait mengait dengan enteri tuan…nota menjejak kasih.

    Dj Irwan yang radio IKIM tu ka? Isteri dia kawan saya masa mengajar kat Madrasah Darul Ulum di Serom, kalau DJ tulah, Isterinya cikgu nama Habsah Badzis, kirim salam kat orang rumah dia ye…Saya Kak Mar yang lorat-lorat suka merapu tu.

    Saya pergi ke Bakri, tak de orang kat rumah, No telefon pun tah mana saya campak tah. Kalu betul Dj Irwan tu, harap tuan dapat sampaikan pesan, bila mereka balik Muar, contactlah saya at mardhee3@yahoo.com. Dia orang punya langsir scallop saya tak pulang lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s