MANTERA PENGASIH BONDA

Anak-Anak Bonda

ANAK-ANAKKU…,

Wahai Terra, dengan lembut dan lunak kewanitaanmu tentanglah musuh dengan mata tajam dan kebijaksanaan hakiki.

 Fera, terbanglah sehingga ke lapisan langit ketujuh dengan membawa cokmar kehebatan bangsa.

Kalbu, degup jantung mu ialah nafas perjuangan yang tiada noktahnya.

Wadi, takluki lembah dengan sundang dan gembur-suburkan tanah tanpa kecundang.

Widu, jangan izinkan setengah widu berlalu memberikan hujan emas untuk katak-katak puru.

Fitrah, cabutlah duri yang tertusuk di kaki biar perjalanan selesa.

Fedra, jika laut bergelora jalinlah ombak, batu, pasir dan camar menjadi benteng.

Semut, makhluk terkecil di dunia boleh meruntuhkan istana raja andai kena caranya.

Fort, rakamkan sejarah dari atas kotamu, binalah semangat sekukuh dan sekeras batu-batumu

Dayang Isah, jangan lagi sesat dan menyesatkan. Kembali kepada jalan yang lurus dan mulus

Untuk Gunung, berdirilah dengan gagah sebagai pasak bumi. Lindungan khazanah alam agar terus lestari. – Bonda

“Mohon maaf atas segala pandangan yang kemungkinan bersalahan. Kita hanya manusia yang banyak mentafsirkan dengan mata kepala bukan mata hati” – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

 

Advertisements

3 thoughts on “MANTERA PENGASIH BONDA

  1. Ada. Cuma mantera pengasih tersebut hanya untuk duda atau janda yang berhasrat untuk kahwin lain. Bagi yang berhasrat nak tambah isteri, mantera lain akan dikasi. Juga yang belum bertemu jodoh boleh mencuba. Apapun macam biasalah, pengerasnya ayam kampung golek, kurang manis satu!

  2. boleh ke blajar2 mentera ni melalui blog, maksud saya tanpa berijazah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s