HIJRAH: MAKSIMUMKAN PERANAN MASJID/SURAU

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN

Rasulullah SAW telah lama berjaya membedah, membuang dan mengubati penyakit ‘asabiah’ berpuak-puak ini. Apakah ubatnya? Tidak lain, baginda berjaya menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan cara menjadikan Islam sebagai asas perpaduan. Di manakah titik peralihan, titik perubahan kepada perpaduan tersebut?

Tidak lain, Rasulullah membina nilai-nilai pengukuhannya di Masjid. Masjid tidak meletakkan sistem kasta, pangkat atau kemuliaan seseorang sebagai ukuran. Kita sama rata di sisi Tuhan. Kita hanya hamba sedang Tuhan Pencipta kita. Takbir kita, rukuk kita, sujud kita malah aku janji dan apa yang kita baca, sama sahaja di sisi Tuhan, yang membezakan kita hanya siapa yang paling bertakwa, siapa yang paling tinggi darjat imannya.  

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN

Rasulullah SAW memaksimumkan masjid bukan tujuan ibadah khususiah semata-mata bahkan hal-hal yang melibatkan pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial turut dilibatkan. Mujur sahaja Jumaat kita diwajibkan. Hari ini, malangnya masjid kita kosong dan surau kita kosong tak bertuan. Dari setinggi-tinggi pangkat sehingga yang paling rendah sekalipun. Malah persatuan-persatuan yang memperjuangkan suara-suara perpaduan pun tidak melihat masjid/surau sebagai institusi perpaduan. Masjid dan surau hanya jadi tempat cicak dan lipas bersanggama membiak keturunan. Yang sembahyang di pejabat, itulah sahaja tempat tonggang-tonggeknya, yang sembahyang di rumah, di rumah sahajalah tempat tonggang-tonggeknya langsung tiada sentuhan ukhuwah, langsung tiada berselisih bahu sujud dan rukuk kepada Tuhan yang satu. Itu belum lagi yang langsung memulau masjid dan surau, hanya bertemu pun, berselisih pun seminggu sekali sahaja. 

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN

 Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula kesedaran, membuangkan segala kelemahan menginsafi dengan pengetahuan agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan.

Tempatnya tidak lain, bukan jauh pun, di rumah Tuhan. Kalau di Dewan bahasa di tingkat 5, bangunan baru. Ikatan yang dijalinkan atas asas iman bukan sahaja memperkukuhkan persaudaraan, malah membina keutuhan sesebuah organisasi, masyarakat dan membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:

 “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.  

Petikan Teks khutbah ini disampaikan di Masjid Hukama Tingkat 6 DBP 18 Januari 2008 / 9 Muharam 1429 Hijriah – al-Kurauwi

Advertisements

3 thoughts on “HIJRAH: MAKSIMUMKAN PERANAN MASJID/SURAU

  1. peranan masjid sebagai jantung masyarakat perlu dihidupkan di dalam masyarakat..semoga sedikit sebanyak gejala sosial yg semakin merobek masyarakt dapat di atasi..

  2. cara naik maksimumkan macam mana? apakah cara yang ditunjukkan oleh sunnah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam?

  3. Syeikh Ahmad al-Malakawi,
    Assalamualaikum, apa khabar syeikh?
    Anta bertanyakan soalan yang sudah ada jawapan di dada.
    Barangkali elok juga jika anta yang menambah di sini atau di blog anta. Selamat berkenalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s