VALENTINE: DI MANA NAHI MUNGKAR KITA?

 

BANGKOK 13 Feb. – Pihak berkuasa Thailand akan bertindak tegas menyerbu motel, taman awam dan tempat yang menjadi tumpuan remaja sempena sambutan Hari Kekasih esok bagi mengelakkan mereka terbabit dalam hubungan seks terlarang.

Tindakan terbaru itu yang akan menjadi kempen tahunan dilakukan bagi mengawal tingkah laku remaja yang biasanya meraikan hari tersebut dengan mengadakan hubungan seks.

Langkah berkenaan diambil setelah satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh sebuah universiti mendapati 27 peratus daripada 2,400 pelajar yang ditemui mengatakan akan mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka malam esok.

Polis dan seorang inspektor pelajar yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran akan menyiasat setiap motel bagi memastikan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak terlibat dalam perlakuan itu.

“Kami akan menghantar pegawai untuk memeriksa taman awam, restoran dan pusat membeli belah yang akan menjadi tempat bermulanya langkah pertama ke arah perlakuan seksual,” kata jurucakap polis Bangkok, Suporn Pansue.

Walaupun Thailand sememangnya diketahui sebagai syurga pelacuran dunia, namun kebanyakan penduduknya berpegang kuat kepada ajaran Buddha serta masih berfahaman konservatif.

Sementara itu, di India para pengikut Hindu membantah sambutan Hari Kekasih kerana menganggap perayaan itu sebagai budaya luar yang boleh mengikis nilai-nilai kebudayaan tradisi India.

Bagi mereka Hari Kekasih lebih dianggap sebagai budaya Barat yang bertentangan dengan tradisi tempatan.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 14 Februari 2008 dengan tajuk ‘Hari Kekasih: Thailand Elak Seks Terlarang’

Advertisements

2 thoughts on “VALENTINE: DI MANA NAHI MUNGKAR KITA?

  1. Baca Kosmo hari ini.

    Di Arab Saudi, kerajaan negara tersebut mengharamkan perayaan itu yang disambut pada 14 Februari setiap tahun kerana ia dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

    Pengharaman itu dikuatkuasakan selepas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh mengisytiharkan sambutan Valentine Day yang diambil sempena nama seorang paderi sebagai haram pada 2001.

    Dekan Kolej Syariah di Universiti Kuwait, Mohammad al-Tabtabai juga mengeluarkan satu fatwa bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s