KIT[DEP]A MUDAH LUPA!

 

Baru-baru ni saya memuji tulisan sahabat baik saya Ustaz Zaid Akhtar  dalam blognya, catatan online zaid akhtar, yang menulis tentang sebuah satira politik ‘Bila Ustazah dilanggar Mat Rempit’. Beliau kemudiannya menyapa, katanya:

Sahabat lama anta di Mu’tah, Ustaz Afandi Yusof (calon Parlimen Tumpat) nampaknya dah mengorak langkah ke jalan yg itu juga. Begitu juga Kapten (B) Johari Hussin (DUN Tioman) sahabat kita dr Amman. :-Anta tak bercita2 ke bertanding di Batu Kurau? 

Saya jawab dengan dua rangkap pantun:

Apa diharap padi seberang,
Entah kan jadi entah kan tidak;
Apa diharap undinya orang,
Entah kan berbakti entah kan tidak.

Mengapa kalut kuasa ditimbang,
Menongkat gagah tangan terluka;
Jangan diikut pesona orang,
Menjilat ludah jatuh ke muka.

Kemudian saya tambah: Hang tak tengok kawan hang di Irbid dulu; Wan Iqbal Afza; YB Peramu dulu, dah tersungkur sebelum bertanding? Heheh.. kit[dep]a mudah lupa!

al-Kurauwi

Advertisements

3 thoughts on “KIT[DEP]A MUDAH LUPA!

  1. Pembetulan:
    Afandi bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa. Yg di Tumpat tu Dr. Asyraf Wajdi (mantan Presiden PKPIM). Wan Iqbal Afza rasanya dulu di DUN Kuala Pahang.
    Dunia dunia. Jangan kita lupa!

  2. Mohon laluan. Minta maaf ya zaidakhtar, tak ada pulak nama calon afandi di pengkalan chepa. saya hadir di pusat penamaan calon hari tu. Kalau tak silap beliau bertanding di salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s