EDIT DENGAN AIR MATA

 Sastera Bandingan Arab dan Sastera Bandingan Sedunia
Penulis: Hussam al- Khatib
Penerbit: DBP

No. KK: 892 204975101
No. ISBN: 9789836295293
Tahun Terbitan: 2008

Harga Buku: RM37.00

Harga Dawama: RM29.60
Jimat: RM 7.40 ( 20% )

Sastera Bandingan Arab dan Sastera Bandingan Sedunia merupakan terjemahan buku Afaaq al-Adab al-Muqaarin ‘Arabiyan wa Alamiyan karya tokoh sastera bandingan Arab terkenal, Prof. Dr. Hussam al-Khatib. Buku ini membahaskan kemunculan disiplin ilmu sastera bandingan Arab dalam perkembangan sastera bandingan di peringkat antarabangsa dan Pertubuhan Sastera Bandingan Dunia (ICLA). Sastera bandingan merupakan wadah untuk memahami tokoh-tokoh dan karya sastera Arab yang menciptakan kebangkitan dalam perkembangan pengajaran sastera. Prof. Dr. Hussam al-Khatib merupakan salah seorang pakar rujuk bidang sastera bandingan Arab yang berwibawa dalam bidang pengajian Arab di Timur Tengah.”
Buku ini asalnya diterjemah dalam bahasa yang agak ‘keindonesiaan’ oleh al-Akh Nor Hasanuddin Mohd Fauzi  (tahniah kerana sabar menterjemah) penterjemah buku ‘La Tahzan’ Dr Abdullah Aid al-Qarni. Pengalaman mengedit buku terjemahan Arab ini rupa-rupanya sangat memeritkan. Sangat teruja dan berbangga akhirnya apabila ia mendakap dada. Sekurang-kurangnya dapat menyumbang kepada dunia sastera kita.
Nasihat saya kepada penterjemah dan bakal penterjemah di luar sana terutamanya graduan Timur Tengah agar dapat mendalami sepenuhnya aspek kemahiran bahasa Arab dan bahasa Melayu dengan baik. Percayalah rezeki penterjemah ini sangat luas! – al-Kurauwi
Advertisements

2 thoughts on “EDIT DENGAN AIR MATA

  1. salam sejahtera…

    saya secara peribadi mengucapkan banyak terima kasih kepada Ustadh Azman Ahmad yang telah sudi menyunting dan mengedit karya terjemahan “Adab al-Muqaran Arabiyah wa ‘Alamiyan” yang edisi terjemahannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Atas jasa Ustadhlah karya terjemahan tersebut boleh terbit. Sekali lagi saya mengucapkan banyak terima kasih. Demikian pula saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pengurus projek bahagian sastera, Kak Norazian Ahmad yang tak jemu-jemunya memberi saranan semasa proses penterjemahan berlangsung.

    Saya akui yang saya banyak memiliki kelemahan sana sini dalam menterjemahkan sesebuah buku. Itu pada saya adalah wajar selagi kita bergelar sebagai makhluk yang bernama “INSAN”. Apatah lagi menterjemahkan salah satu karya sastera bandingan yang boleh dianggap sebagai disiplin baru dalam dunia kesusteraan. Bagaimanapun, saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) yang telah berjaya menerbitkan karya bermutu tinggi ini dalam dunia kesusteraan.

    Perlu diketahui bahawa sastera bandingan berkait rapat dengan kebebasan berfikir, keterbukaan budaya dan menerima dialog antara peradadaban sekali gus menghilangkan sikap primordialisme. Hal ini seperti mana yang dikatakan oleh Prof Dr Hussam al-Khatib bahawa “sastera bandingan” selalunya hanya berkembang pesat di negara-negara maju, sama ada dari aspek ekonomi, budaya mahupun politik. Saya kira Malaysia merupakan satu negara yang sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju dan oleh kerananya, DBP yang merupakan salah satu penerbitan pemerintah mula melirik untuk menterjemahkan karya-karya berkaitan “Sastera Bandingan.” Inilah satu alasan mengapa sastera bandingan hanya akan tumbuh subur di negara-negara makmur dan maju.

    Sungguhpu begitu, saya berharap sastera bandingan tidak hanya dijadikan bahan konsumsi kaum elit dan borjuis. Semoga itu tidak terjadi dalam dunia kesusasteraan.

    Namun, perlu diketahui bahawa saya bukanlah penterjemah “La Tahzan” karya al-Qarni. Sungguhpun saya ada menterjemahkan karya-karya al-Qarni, tetapi untuk buku “La Tahzan” bukan saya sebagai penterjemahnya.

    Terima kasih
    Nor Hasanuddin Mohd. Fauzi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s