DENGAN PERCAYA MEREKA BERJAYA

 

MEREKA TELAH BANGKIT

Mereka telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi Islam yang mengajar hidup berani
Demi janji yang kini telah dimungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Di tengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari bahasa lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini telah dipancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan satu bahasa
Yang berdaulat menyinar mutiara.

Puisi oleh Usman Awang – Sasterawan Negara Malaysia -1967.

Tahniah kepada mereka yang menjadi manusia PERCAYA terhadap perkara yang mustahil untuk BERJAYA – al-Kurauwi

Advertisements

3 thoughts on “DENGAN PERCAYA MEREKA BERJAYA

  1. alhamdulillah,
    sesuatu di luar dugaan..
    mereka bersatu dan berjuang membuktikan kemampuan.
    pentadbiran baru bermula..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s