TINTA ELIPSIS DI TANGAN DR. ANIS

 

Novel Tinta Elipsis menengahkan keadaan berkonflik yang wajar ditangani sebijak mungkin dan semanfaat mungkin oleh Ustaz Amir Afif Amizul. Kasih sayang yang tidak berbelah baginya kepada isteri kesayangannya, tanggungjawab dan komitmen secara total dari jiwa dan raganya kepada kerjayanya di sebuah institusi penerbitan, janji mulusnya menjadi imam kepada jemaah Darus Saadah menuntut Amir Afif membuat keputusan yang terbaik mengikut pertimbangan fikirannya.           Sebagai seorang yang terdidik dalam bidang agama, Amir Afif senantiasa berserah kepada hidayah Allah untuk menentukan tindakannya. Ada kalanya keputusan itu mendera batinnya tetapi ustaz muda ini cekal semangatnya dan tebal keimanannya. Penderitaan dan kepedihan itu diterima seadanya kerana dia percaya bahawa sesuatu itu tidak negatif selama-lamanya.          Beberapa watak dalam novel ini seperti Munawwar menjanjikan harapan tinggi lantaran watak itu tidak memendam permusuhan dalam jiwa. Munawwar yang pada mulanya kelihatan cenderung sebagai antagonis ternyata seorang manusia mulia yang boleh mengubah sikap diri  ke arah yang dikasihi Allah. Apabila Allah menjadi matlamat ukhuwwah, maka apa jua unsur iri hati atau dendam kesumat akan tertolak ke tepi, dan pada tempatnya akan subur perkasihan yang amat diperlukan dalam dunia penuh pancaroba ini.

          Amir Afif mengamalkan pemikiran menyeluruh untuk menangani isu sensitif. Dengan berfikir secara menyeluruh, Amir Afif dapat menimbang segala hal yang bersabit dengan fenomena sensitif itu lalu membolehkan Amir Afif membentuk keputusan yang sihat dan membahagiakan atas jalan Allah. – Dr. Amida Abduhamid

 Tinta Elipsis ini dibicarakan dalam slot Bicara karya Sastera dengan tajuk Tinta Elipsis: Cinta Kepada Allah ialah Cinta Akbar, pada 26 Mac 2008 di Fakulti Pendidikan, UPM Serdang – Ibnu Ahmad al-Kurauwi 

Advertisements

5 thoughts on “TINTA ELIPSIS DI TANGAN DR. ANIS

  1. tajuknya nampak berat seperti karya yang serius tentang bahasa, tapi kekuatannya pasti tentang agama. InsyaAllah saya akan cari… (boleh kira novel yang saya baca!)

  2. Heh … heh ..,
    Saya dok tengah serabut dengan interteks lagi. Dok tengah baca, 1515, Manikam Kalbu – Faisal Tehrani, Iman Markisa – Aminah Mokhtar, dll. Saja nak tengok macam mana depa buat. Bahan-bahan pun dok tengah gali lagi.

    Apa cerita Rendra? Betapa lama di PD, tentu dapat banyak bahan baru. Heheh. Boleh buat cerita pasai helang tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s