LAMBAIAN PULANG

Di ruang legar, petang itu, 11hb April 2008, saat melangkah pulang, saya sempat melambaikan salam perpisahan ke wajahnya.

Mujur juga dia menoleh, sedar dek melihat kelibat ketayap merah tergesa-gesa mencelah-celah, untuk menunda jam yang sudah lebih sepuluh minit terlebih daripada waktu pulang.

Sekali-sekali dia mengusap tubir matanya dek air jernih yang mengelar pipinya yang berisi itu. Malu langsung tersejat daripada wajah bersihnya. Kerlipan matanya bagai melambai merelakan kesegeraan saya untuk pulang.

“Mohon maaf, Kak Sofi, selama kita berurusan dalam Biro Agama, Badan Keluarga DBP.” Dia mengangguk-angguk faham menelan riuh suara kenalan yang turut mengiringi hari terakhir beliau melalukan kad perakam waktu itu. 

“Kak Sofi juga minta maaf, lain umur moga kita jumpa lagi!” Suaranya sedikit meninggi, sedang jernih matanya mengempangkan air hiba.

Saya melambai. Dia juga melambai. Tak sangka, ia menjadi lambaian yang terakhir kami. Dia melambai pulang untuk selama-lamanya.

Tuhan, petang ini, 17hb April 2008, walau langit hitam beropol-ropol di kaki langit, garau suara guruh melanggar maya bumi dan di sesetengah arah, hujan memutih menikam bumi, kami tetap akan pulang, sebelum kami pulang mengadap-Mu.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajah Sofiah Abd Hamid – al-Kurauwi

  

Advertisements

2 thoughts on “LAMBAIAN PULANG

  1. Saya dapat sms dari Pak Razali seawal jam 7.46 pagi, bahawa Rustam A. Sani juga sudah mendahului kita semua bertemu Tuhan.

    Terdahulu 7.23 pagi, jemaah Surau Darus Saadah, Kak Suri, memaklumkan menerusi sms, anak Dr Zurina kembali ke rahmatullah setelah lama sakit.

    Buat mereka yang mendahului kita, al-Fatihah.

    “Tuhan telah menentukan segalanya, kerna Dia kita bersaudara, …” al-Firdaus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s