RIHLAH IBN BATTUTAH

Ibnu Battutah menjadi terkenal kerana karya mengenai kembaranya yang dikenali dengan nama Rihlah Ibnu Battutah. Dalam tulisan tersebut dicatatkan sejarah atau kisah pengembaraan dan pelayaran beliau ke berbagai negara. Di samping menghargai karya tersebut, kita juga perlu akur bahawa terbukti dalam beberapa hal karya tersebut kurang teliti dan amanah. Apatah lagi Ibnu Battutah bukan terdiri di kalangan ahli periwayataan yang dipegang. Banyak perkara yang disebutkan dalam karya tersebut mendedahkan adanya unsur ketidaktelusan dalam menghidangkan sesuatu kisah. – Dr. Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis.

Hakikatnya begini. Rihlah Ibn Battutah merupakan sebuah karya sastera adventure yang sarat dengan bahasa dan cerita yang indah. Ibnu Battutah mempunyai pengamatan yang amat kompleks terhadap lokasi, figura, mahupun perilaku masyarakat yang dikunjunginya. Justeru, setiap lokasi dan perhentian, setiap peristiwa dan kejadian, sehinggalah kepada rupa paras dan penampilan dicatat cermat. Menterjemah karya sebegini sebetulnya mendesak penterjemahnya memahami bukan sahaja latar sejarah, bahkan memiliki pengetahuan mendalam berhubung pelbagai bahasa, khususnya bahasa Arab dan Inggeris. – Saiful Nujaimi Abdul Rahman, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sudah lama mengidam buku ini. Setelah empat kali cetak barulah berjaya dibeli. Walaupun sudah cetakan keempat, harganya masih lumayan. Tetapi tidaklah seperti harga yang saudara beli di kedai buku. Mahu? heheh … hubungi saya, segera! – al-Kurauwi

 

Advertisements

2 thoughts on “RIHLAH IBN BATTUTAH

  1. Salam,

    saya berminat untuk dapatkan buku ini. Kalau boleh dua naskhah, satu untuk teman baik yang sama-sama merancang untuk mengembara ke Maghribi hujung tahun kelak, inshaallah. Ibn Battutah dari sana dan kami sangat teruja!

    Terima kasih,
    Rebecca Ilham.

  2. Boleh sahaja Rebecca,

    Emm, hubungi saya segera. No tel di lajur kanan di bawah novel saya Tinta Elipsis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s