APRESIASI JAWI 2007

TAHNIAH kepada semua pemenang Pertandingan Apresiasi Jawi 2007 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Utusan Melayu (M) Berhad yang menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah dan ziarah ke Tanah Suci untuk dua orang. Pememnang tersebut ialah Nor Naemi Md Som dari Johor

YaPEIM telah menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000 bagi empat kategori dalam pertandingan itu iaitu sekolah rendah (pantun jawi), sekolah menengah (cerpen jawi), institusi pengajian tinggi (cerpen remaja jawi) dan umum (esei jawi).

Program itu juga mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Radio Ikim.Fm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Japim), Kementerian Pelajaran.

Tumpang senyum dengan sedikit sumbangan untuk menjayakannya. tahniah kepada semua pemenang. Hidup Jawi, Dirgahayu Jawi! – al-Kurauwi

 

Advertisements

4 thoughts on “APRESIASI JAWI 2007

  1. Salam Ustaz Azman,

    Nor Naemi Md Som! Ketua Pelajar sekolah saya suatu masa dahulu. Naemi, naemi, naik umrah ko!

  2. Syafiq, Nor Naemi bukan sahaja seorang penulis esei yang baik, beliau juga seorang ‘khattat’! Anta patut asah bakat menulis khat dengan ulama kita di Mesir.

  3. Salam Ustaz Azman,
    Semua penerima hadiah Apresiasi Jawi yang dipaparkan dalam akhbar jawi pada 12 Mei 2008, saya kira melebihi 130 orang. Syabas kepada ustaz yang ditugaskan membuat penilaian dan pemarkahan terhadap hasil karya itu.
    1. Saya rasa sambutan amat menggalakkan, jadi saya ingin tahu berapakah jumlah sebenarnya peserta yang menyertai pertandingan itu? Berapa lama masa digunakan ustaz untuk membuat penilaian?
    2. Dalam kategori terbuka iaitu kategori esei jawi, berapa esei diterima oleh pihak penganjur? Selain peserta yang terdiri dari siswi dan siswa, berapa (peratus) esei ditulis oleh golongan dewasa bekerja khususnya guru, kerana guru agama yang biasa dengan jawi, menulis esei jawi macam makan kacang putih saja. Minta berkongsi pengalaman dengan ustaz berkenaan dengan frofil peserta yang merupakan golongan pewaris jawi jati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s