SEPASANG SAYAP CINTA

KABUS petang menyambut ketibaan mereka di daerah yang terpencil di selatan Jordan itu. Kabus yang boleh dicapai oleh tangan itu bukan sahaja memutihkan tanah tumpah darah syuhada itu, malah turut memutihkan telapak tangan yang dijerut kesejukan. Kod tebal itu gagal melindungi tubuh seperti yang diharapkan, sedang angin kering rakus menggomol tubuh. Peritnya dirasakan seperti dibekam darah dari kulit yang terdedah. Pohon-pohon zaitun yang melatari tanah tinggi itu membasahkan mata kering mereka yang dimomokkan dengan saujana padang pasir di kiri kanan perjalanan.

Sebaik beg-beg pakaian diturunkan dari bas Coaster itu, azan menggamit ke langit yang bertunda-tunda dengan awan yang mula menghitam. Dia meninggalkan rakan-rakan untuk berehat melepaskan lelah sekawah, lalu segera menonong mencari suara bilal. Sementelah menara masjid yang mencorong ke telinga itu jelas kelihatan dari rumah sewa mereka. Hanya di penghujung deretan rumah-rumah kedai itu sebuah masjid agam berkubah hijau tersergam indah memukau matanya.

Masjid itu dikelilingi oleh tembok setinggi dada yang menjulang serpihan kaca di atasnya. Sela-sela pepohon zaitun dan pine yang menghijau kelihatan nisan-nisan lama yang berceracakan menjentik insaf ke jiwanya. Dia bergegas masuk ke ruang solat setelah digigilkan oleh wuduk yang menyentuh angin petang itu. Nyaman angin menyilir ke perut mihrab membawa aroma pepohon zaitun di luar.

sambungannya di sini.

Cerpen SSC ini tersiar di akhbar Berita Minggu, 29 Jun 2008. Dorongan untuk menghasilkan catatan-catatan perjalanan sewaktu belajar di Jordan 1993-2008 membuahkan cerpen SSC. – al-Kurauwi

 

Advertisements

7 thoughts on “SEPASANG SAYAP CINTA

  1. Petikan dari KEPEZI ON LINE

    -Tahniah Ibnu Ahmad. Bakat yang besar disokong dengan usaha gigih untuk menghasilkan karya atau menambah ilmu secara berterusan sahajalah yang mampu menempatkan seseorang penulis di mercu kejayaan. Selepas menghadiri bengkel
    pada 2006 dengan kejutan ‘salah masuk bilik’ nampaknya saudara tidak lagi menoleh ke kanan kiri atau berpaling ke belakang. Saudara melangkah terus, terus dan terus menuju jihat impian; menjadi jerung di lautan sastera..

    -Teruskan langkah bergaya saudara. Saudara berusaha, saya pasti mendoakan. – Zaharah Nawawi

    Saudara Ibnu Ahmad Al-Kurauwi,

    Tahniah. Deru angin passat selalunya menghantar angin penyuburan. Tahniah sekali lagi.

    -Zawan Baba

  2. Salam,

    Membalas kembali kunjungan hormat.Insyirah sudah pasti terbit.Saya menanti juga dgn resah,bila Dari QM Ke DM akan tegak terzahir.

    Selamat berkarya!

  3. Waalaikum salam,

    Terima kasihlah al-Akh Amiza.
    Jiwa kita, punya Tuhan dan amanah yang sama. Kami dah tak sabar nak tunggu buah tangan jiwa rasa tuan dalam ‘Demi al-Amin’ tu.

    Tuan Adnan Jamil,
    Ya, kadang-kadang kisah benar kalau diolah dalam bentuk kreatif akan menyentuh jiwa semua pembaca.

    Puan Rai,
    Cik Insyirah belum lahir lagi. Samalah DQMKDM. Katanya sedang dibedak dan diwangikan. Doakanlah, anak lahir tak cacat. AMin

  4. Tahniah ustaz. Ternyata bumi Jordan cukup nostalgik buat tuan. Bukankah saat belajar itu cukup nostalgik? Tanpa disedari atau tidak, cerpen dan novel terselit sub-autobiografi si penulis; merobek sejarah diri, meneguhkan impian dan cita-cita yang belum kesampaian.

  5. Ya al-Akh Zul Khair,

    Jordan, di hati saya cukup nostalgik. Pahit manis, banyak cerita yang boleh diadaptasikan.

    Tak tahu ada bakat menulis, kalau tidak, sudah lama jadi perakam, setiap saat, langkah, lorong dan sempadan akan jadi catatan perjalanan.

    Pesan juga buat adik-adik, mahasiswa Jordan di sana, agar jadi perakam tegar di sana.

    al-Kurauwi.
    Zul, sedang mengumpul-ngumpul bahan ke arah itu. DOakanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s