SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI

SEMINAR yang bertemakan “MEMARTABAT TULISAN JAWI KE ARAH MEMPERKAYA ILMU” akan diadakan pada 25, 26 & 27 Ogos 2008. Seminar ini akan diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.Pujian harus diberikan kepada penganjurnya iaitu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, JAKIM, KPM, KPTM, Alumni SITC dan Utusan Malaysia

Seminar ini bertujuan memugarkan kembali penggunaan tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.

Pencinta tulisan Jawi sangat dialukan kehadiran anlian – al-Kurauwi

 

Advertisements

9 thoughts on “SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI

  1. Kak Nisah boleh hubungi Cik Zarima
    Tel:+60163473789/+605-4505388 Fax: +605-4583603

  2. Tidak bolehkah tulisan jawi ini disyaratkan ditulis pada setiap papan tanda di seluruh negara seperti dilakukan negeri Kelantan.Atas nama warisan bangsa dan jati diri negara dan bukan sekadar untuk tarikam pelancong.

  3. Ahlan wa sahalan Mat Sufi.

    Papan tanda yang Mat Sufi maksudkan pada hemat saya ialah papan-papan iklan termasuk papan perniagaan. Sekadar papan jalan saya lihat di Bukit Bintang pun dah ada (itu yang ada orang marah tuh). Saya lihat di Kedah, Pahang, Perlis, Johor dan lain-lain juga ada. Yang kita nak tiru Kelantan, Majlis Perbandaran mereka (MPKB) mewajibkan tulisan Jawi di semua papan jalan dan papan iklan.

    Jemput Mat Sufi bertandang ke Klinik Jawi di http://klinikjawi.wordpress.com berkongsi semangat Jawi di sana.

  4. salam …
    Salam Ustaz Azman,..
    Oleh kerana seminar sudah pun lepas,kalau ada rakan-rakan yang terbaca apa yang saya tulis ni minta tolong. Dimana boleh saya dapatkan proceeding untuk seminar ini. Jika ada rakan-rakan yang baca boleh membantu nanti saya masukkan duit untuk memperolehi proceeding ini. Kalau ada dalam pentuk digital lagi bagus. Minta maaf sekali lagi.

    Yang benar

    Norizan Mat Diah
    izanmd@yahoo.com, norizan@tmsk.uitm.edu.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s