NILAI PADA DEBAT

Saya ambil kisah dek debat yang akan berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, malam ni. Ramai yang bertanya, pergi ke? Saya jawab, tidak. Staf DBP pun tak dijemput, saya pun tidak mengharap, dapat kad jemputan. Dari satu sudut, tak setuju pun ada.

Apakah nilai pada debat andai tiada kebaikan, sedang kata Nabi SAW diam itu lebih menguntungkan.

Apakah nilai pada debat andai bicara tidak jelas dan samar dengan kebenaran, sedang diri dibenci Nabi dek menukang kekarutan (al-thartharun), berlagak dalam berbicara (al-mutashaddiqun) dan takbur (al-mutafayhiqun)

Apakah nilai pada debat andai berpaling daripada keredhaan Tuhan, sedang kata Nabi satu perkataan yang dimurkai Tuhan akan dicatatkan sehingga hari pembalasan.

Apakah nilai pada debat sedang sabda Nabi, “Aku jamin istana di dasar syurga bagi yang menjauhi debat sekalipun dia benar, dan aku jamin istana di tengah syurga bagi mereka yang menjauhi dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin istana di puncak syurga bagi mereka yang baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Teringat, rajin masuk debat masa sekolah dulu-dulu, sehingga cikgu dan sekolah turut ‘berdebat’ sama – al-Kurauwi

Advertisements

6 thoughts on “NILAI PADA DEBAT

  1. e-mel sm zakir: sm zakir dalam kesusahan.

    apa yg nak kita buat, kita gelak saja pd zakir ramai-ramai!

    e-melnya aku tampal di blog

  2. Assalamualaikum,

    Nazmi,
    Ingatkan susah sungguh, rupanya ada orang Afrika curi e-mel, minta duit kononnya SM Zakir kandas di Afrika. Hati-hatilah, dengar cerita kawan kita Zahura juga terkena.

    Kholid,
    Selagi memberi ‘untung’ untuk si A, B @ C, saya rasa debat seperti ini tidak akan berakhir. Tungguuu.. jelah

  3. salam,
    Ustaz,
    Rugi juga orang DBP tak dijemput sedangkan ramai lagi orang di luar sana berebut nak masuk.

  4. Assalamualaikum, Mahdi,
    Terima kasih, meninggalkan jejak di sini. Apa khabar? Terasa benar ketiadaan anta. Mamak seberang jalan berkirim salam.

    Ingatkan semalam, mamak merungut sebab kami kena balik awal. Mujur ramai yang tak boleh masuk Balai Budaya, senyum panjang sebab depa pekena teh tarik di gerai. Heheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s