MIMPI BOGOR I

Hari pertama – 27 Julai 2008 – Sabtu

5.30 pagi dah bangun kemudian bersiap untuk ke KLIA. Solat subuh dahulu di surau dan meninggalkan beberapa pesanan terutama kepada abang Mat, jiran, mohon agar dapat membantu menguruskan Amirah Nabilah selama seminggu ketiadaan. Semangat kejiranan begitu menebal rasanya di taman ini.

6.30 pagi, adik, Khairuddin, sampai. Membantu menghantar sehingga ke Datuk Keramat. Mujur Kak Khatijah sudi menumpangkan ke KLIA. Kami menunggu di stesen Esso, Damai. 6.45 pagi baru bertolak ke KLIA dengan Haiqal, anak sulung Kak Khatijah. Terima kasih Haiqal, boleh jadi pemandu F1, satu hari nanti.

7.30 pagi sampai di KLIA. Bertemu dengan Nazmi bersama-sama isteri dan dua orang anaknya. Aisyah dan si janin dalam kandungan. Saya jarang bertemu dengan Nazmi, wartawan sastera Berita Harian ini. Bogor mungkin mendekatkan lagi ukhuwah kami. Kami segera mendaftar masuk dengan beg dan barang-barang sarat urus setia. Wang segera ditukarkan. RM1000 segera bertukar kepada nilai Rupiah 2690000.00. Seronok kerana dalam hayat ini, merasa memegang duit sejumlah 2 juta! Sayangnya kata kak Khatijah, ustaz sudah rugi RM50 berbanding tukaran di luar KLIA. Pengajaran kepada peserta Mastera lain selepas ini.

9.00 pagi kami masuk ke lapangan terbang yang sudah canggih sistem menguruskan pasportnya. Ah, kali terakhir ke luar Malaysia ialah 1995 dahulu, waktu pulang semula ke Jordan selepas bercuti. Itu pun di lapangan terbang Subang. Kami bergegas menaiki tren ke terminal C32, menantikan pesawat MH 711. Duduk di tengah-tengah perut kapal terbang, tak banyak yang kami nampak melainkan seronok melihat kawan-kawan yang menang Hadiah Sastera Perdana dan hidangan pagi yang lazat!

10.05 pagi waktu Malaysia. 9.05 minit pagi waktu Indonesia kami sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta. Dekorasi terminalnya persis motif-motif alam yang menjadi simbol Sarawak. Gendala urusan kemasukan sahaja sudah sekitar 30 minit.

10.45 pagi kami keluar dari Lapangan Terbang. Bertemu dengan urus setia Indonesia Pak Abdurrahim dari Pusat Bahasa. Kemudian baru kami bertemu dengan seorang lagi peserta Malaysia, Tung Wai Chee. Kami satu kapal terbang tetapi tidak berselisih. Seorang lagi peserta dari Malaysia ialah Puan Noraini dari Sabah yang akan menyusul lewat bengkel di Bogor. Seorang pemandu khas dari Pusat bahasa membawa kami ke hotel The Acacia, Jakarta. Cuaca mendung, tetapi panas. Jerebu memutih di angkasa. Hidung kelemasan dibumbui udara yang tercemar. Ulat-ulat pengangkat barang begitu ramah dan rajin. Terkilan kerana tiada wang kecil untuk mereka.

12.35 tengah hari kami sampai di Hotel The Acacia, katanya milik ‘orang bisnes’ dari Brunei. Kami daftar masuk hotel dan bertemu Pak Malim Ghozali. Di luar, cuaca masih berjerebu.

2.00 petang waktu Malaysia kami (Tung dan Nazmi) ke toko buku di Kwitang menaiki teksi Blue Bird Group. Pengajaran kedua, hati-hati naik teksi, percaya hanya Blue Bird, biar berhabis sedikit, janji tidak dikapak. Dalam teksi, Hendry Kurnia, si pemandu teksi tak banyak cakap. Radio pun tak bunyi. Toko buku di Kwitang pesat dengan buku-buku murah dan cetak rompak. Manusia cukup ramai dan bimbang di tempat orang cukup terasa. Saya sempat membeli tiga buah novel dengan hanya lima belas ribu rupiah. Kemudian kami ke Gedung Gramedia, ala-ala MPH di Malaysia. Buku-bukunya lebih berkualiti dan harganya dua tiga kali ganda daripada toko buku di Kwitang. Sebelum itu kami sempat merasa nasi di sebuah restoran minang, sebelum berjalan panjang.

9.00 malam, awalnya ingin bergerak makan bersama Pak Malim, tetapi disebabkan hujan di kota Jakarta ini, Pak Malim tarik diri. Kami ke Restoran Arab merasa nasi goreng Thailand! Dan malam melabuh tirainya mengharap Bogor segera datang memeluk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s