MASTERA 2008 DI KLIK DBP

AKAR kesusasteraan dalam bahasa Melayu-Indonesia merupakan kontinum kepada sosiobudaya dan geografi jagat Nusantara. Akar inilah yang merekayasa ummah serumpun sehingga mampu menembus garis-garis geografi-politik yang dilakukan oleh penjajah ratusan tahun dahulu. Maka pada akar yang satu inilah tunas-tunas muda sebagai duta kecil dari tiga buah Negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan negara pemerhati, Singapura disuburkan dalam program pengembangan sastera serta persuratan Melayu melalui Majlis Sastera Asia Tengara (MASTERA).

Program dari 28 Julai 2008 hingga 2 Ogos 2008 itu bermula dengan Seminar Asean Pengajaran Sastera Indonesia/Melayu di Sekolah yang diadakan di Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional, Jakarta. Seminar bertemakan “Memahami Manusia dan Kemanusiaan Melalui Pembelajaran Sastera” dirasmikan oleh Kepala Pusat Bahasa, Dr. Dendy Sugono, yang juga Ketua Mastera Indonesia. Majlis turut diserikan oleh persembahan oleh lagu-lagu puisi dari kumpulan Sanggar Kapas dan deklamasi puisi oleh Bapak Sutardji Calzuom Bachri dengan lontaran suara yang benar-benar memukau.

Seminar tersebut dihadiri oleh lebih daripada 200 orang peserta yang terdiri dari guru, dosen, dan peserta program Mastera. Selain Dr.Dendy Sugono, sendiri sebagai pembentang kertas kerja, seminar ini turut dijayakan oleh Prof. Dr. Yus Rusyana dari Universitas Pendidikan Indonesia, Prof. Dr. Setya Yuwana, M.A. dari Universitas Negeri Surabaya, Dr. Djoko Sarjono, M.Pd. dari Universitas Negeri Malang, Haji Muhamad Ghazali Abdul Rashid (Malim Ghozali PK) dari Malaysia, dan Dayang Faridah binti Abdul Hamid dari Brunei Darussalam.

Program Penulisan Mastera Ke-12 : Bengkel Cerpen yang disertai oleh 20 orang pengarang muda (10 Indonesia, 4 Malaysia, 4 Brunei dan 2 Singapura) kemudiannya beralih tempat ke tanah tinggi Bogor di Wisma Arga Mulya. Enam tokoh pembimbing Nusantara berjaya menghangatkan bengkel yang dilatari oleh pohon-pohon teh yang menghijau. Pembimbing dari Indonesia ialah Prof. Dr. Budi Darma, Helvy Tiana Rosa, Oka Rusmini dan Joni Ariadinata. Manakala pembimbing dari Malaysia oleh Malim Ghozali PK, Pembimbing Brunei oleh Zefri Ariff dan Yazid Hussein dari Singapura.

Menurut Kepala Bidang Pengkajian Bahasa dan Sastra, Pusat Bahasa, Dr. Mu’jizah, sejak program penulisan Mastera ini dilaksanakan telah melatih sekitar 200-an penulis muda. Helvy Tiana Rosa antara tokoh yang pernah dilatih dalam program penulisan dan kemudian menjadi pembimbing dari Indonesia.

Program Penulisan Mastera sejak tahun 1995 itu diharap meneruskan kesepakatan untuk mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia di peringkat rantau dan antarabangsa. Melalui program ini pengarang muda diharapkan mampu mengembangkan bakat dan memperoleh tahap kepengarangan yang lebih maju dengan bimbingan dan pertukaran pengalaman dari penulis tersohor dan percambahan fikiran sesama cerpenis muda.

Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Harian dalam ruangan Klik DBP oleh Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

4 thoughts on “MASTERA 2008 DI KLIK DBP

  1. salam ibnu ahmad,
    kalau dapat buatkan chatbox agar kita semua dapat berbual.

  2. seronoknya dapat timba ilmu di mastera. bagaimana agaknya seseorang layak dipilih ke sana. saja tanya (teringin nih)… Azman makin meletup2 ya, murah rezki. moga azman terus berjaya (cemburu tapi iklas mendoakan).

  3. Seronok memang seronok Hanisah,

    Layak tak layak ini rezeki Allah. Banyak yang kebetulannya. Yang sebenarnya kalau dah rezeki Allah tak ke mana. Teruskan menulis. Ada mata yang melihat kerja ikhlas kita. Tak mata manusia, ‘mata’ Tuhan tak pernah terlepas walau sekelip.

    Salam Ramadan.
    Setelah ‘Menuju Puncak’, tak ada novel baru ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s