MIMPI NUR

SAYA menerima satu pertanyaan dari pengunjung minggu lalu yang membahasakan dirinya sebagai Nur, setelah membaca entri saya “Mimpi, Mainan Syaitan Atau Anugerah Tuhan”. Entri ini, saya akui, antara entri yang paling aktif dan juga antara carian popular dalam blog ini. Kata saudara Nur: 

 Assalammualaikum.., saya pernah bermimpi bertemu dengan dua orang lelaki berpakaian putih, yang mana seorang lelaki muda dan seorang lagi adalah tua. Lelaki yang muda memandang saya dengan senyuman dan beliau memiliki wajah yang kacak, seakan mengajak saya menunggang seekor kuda putih yang cantik untuk terbang ke langit, manakala lelaki yang tua hanya mendiamkan diri sahaja. Apa makna mimpi tersebut?kerana sehingga ke hari ini saya masih mengingati mimpi tersebut walaupun telah berlalu 3 bulan..

Nur, jujur saya tidak berani mentafsir. Lebih-lebih lagi saya bukan pentakwil mimpi. Mengukur dalam diri, mana mungkin, amalan yang sedikit, sabar begitu cetek, ilmu sangat kurang sedang akhlak masih tercela. Rasanya tak tercapai akal, tak  tersingkap dekhati untuk mentafsir.

Tetapi, saya nak cerita kepada Nur suatu kisah yang seakan sama dengan mimpi Nur, begini:

Masa saya sekolah dulu di SMA al-Khairiah, Temerloh Pahang, ustaz saya (Ustaz Kamaruddin, kami bahasakan beliau sebagai ‘ulama’. Beliau merupakan tok guru dan warden kami di asrama) pernah cerita hal yang sama, mirip cerita Nur, cuma si pemimpi berbangsa Tionghoa.

Bezanya, pemimpi itu bertemu dengan ustaz saya dalam mimpinya sedang menunggang seekor kuda putih, bersayap dan turut mengajaknya terbang bersama.

Dipendekkan cerita, si pemimpi ini bertemu semula dengan ustaz saya, dan menceritakan hal tersebut. Ustaz saya mentafsirkan begini:

Kuda putih yang bersayap itu ialah agama Islam. Analogi kepada agama yang fitrah. Kemudian watak ustaz yang mengajaknya terbang, bermaksud ajakan dakwah, agar beliau meninggalkan agamanya dan memeluk Islam.

Selepas, mentafsirkan mimpi itu, ustaz saya bertanya kepada si pemimpi, “Mahukah kamu memeluk Islam.” Si pemimpi ini tiba-tiba terkedu dan sebak dada dan akhirnya mengangguk-angguk, katanya “Saya sudah lama mengimpikan agama ini, bawalah saya pulang…” 

Wallahu a’lam – al-Kuruawi  

Advertisements

8 thoughts on “MIMPI NUR

  1. salam ustaz..

    bagaimana dengan mimpi terbang tinggi(gayat) seperti dibawa angin kemudian jatuh. mainan syaitan yang menyedarkan..

  2. saya pernah byk kali bermimpi mempunyai spasang sayap yg sangat besar dan cntik.kmudian sy trbg dr tmpt tgi.

  3. assalamualaikum wr. wb.
    saya ingin bertanya, saya pernah bermimpi bahwa saya memiliki sepasang sayap tetapi sebelah sayapnya tidak sempurna…
    lalu saya mencoba terbang tapi hanya bisa terbang dalam jarak yg dekat..
    apakah maksud mimpi itu??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s