BERTEMU NIMOIZ T.Y

INILAH yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tak menyangka seramai-ramai manusia di Kota Bharu boleh bertemu seorang sahabat besar; Nimoiz T.Y. Penulis buku Menjadi Penulis Jutawan. 

Saat itu saya sekadar duduk melepas lelah di sudut koridor menunggu isteri membeli-belah di bazar berhadapan dengan stesen bas. Dia menegur dengan nama pena saya. “Al-Kurauwi kan?” Saya mengangguk “Ya.” Akhbar Metro di tangan saya lepaskan. Mukanya cukup kuat terakam di cepu akal, tetapi tak dapat membayangkan nama anak muda di hadapan mata itu.

Terik akhir Ramadan itu menggigit kulit, namun wangi persahabatan mengukir senyum di bibir masing-masing. “Nimoiz T.Y” bilangnya. Ah, saya senyum sehingga ke pipi. Ya tak salah orangnya. Teringat cadangannya dalam Tunas Cipta (kemunculan semula) mahu nama majalah di tukar Dewan Cipta atau dewan Tunas dan Cipta

Nama betulnya, Nik Mohd Iznan katanya, tinggal di Tanah Merah, Kelantan. Baru pulang dari Sarawak sempena Aidil Fitri. Kini, mengajar di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Mukah. Teringat beberapa kenalan non Muslim di Oya Road. Kami akhirnya berbincang pasal karya dan buku-buku yang diterbitkan.

Moga Syawal memanjangkan lagi ukhuwah, memperbaharui semangat menulis bertemu dengan rakan-rakan. –al-Kurauwi

Advertisements

2 thoughts on “BERTEMU NIMOIZ T.Y

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s