MUFTI TIDAK BERSUARA?

SEGALA yang baik-baik kita jarang memberi sokongan atau mengucapkan penghargaan kepada seseorang. Sedang yang buruk-buruk kita mudah mengiya-iyakan dan cepat pula menyebarkannya.

Tuhan tidak. Lihat Ramadan, Tuhan wajibkan puasa dengan janji pahala dan piala takwa. Kita yang berpuasa, berjaya atau tidak, penuh atau tidak, Tuhan tetap kurniakan kita penghargaannya iaitu Syawal. Tak pernah kita dengar sekalipun Tuhan ‘tangguh’ hari raya disebabkan tidak sempurnanya puasa kita. 

Saya sebagai rakyat biasa, nak mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perlis, atas sumbangan beliau yang sangat banyak ‘membuka mata’ dan memberikan kefahaman kepada kita, walaupun tidak dinafikan kekurangannya tetap ada.

Maka sebagai Mufti – selepas ini – beliau tidak lagi bersuara. Hati kecil saya bertanya, apakah reaksi mufti-mufti kita yang lain di Malaysia? Mufti kita tidak bersuara? atau belum lagi kedengaran suara-suara mempertahankan atau sekurang-kurangnya penghargaan atas jasa beliau (seperti kebiasaan ‘orang besar’ berundur atau tidak mempertahankan kerusi lagi). Puisi beliau di bawah ini mungkin menarik untuk difaham inti maknanya – al-Kurauwi

http://drmaza.com/

Advertisements

5 thoughts on “MUFTI TIDAK BERSUARA?

  1. Ermmmm…. Orang bijak pandai di universiti pernah bersuara. Orang bijak pandai agama pun pernah bersuara. Masalahnya sistem demokrasi di Semenanjung Tanah Melayu bukanlah contoh perlaksanaan demokrasi dalam erti kata sebenar-benarnya. Sistem kita ni sebenarnya – autokratik. 🙂 Hey, siapa pula kita yang tahu membezakan demokratik dan autokratik? Pak Akop, Kak Pinoi, etc tak pernah tahu.

    [ , ]

    Tapi agak ralat sedikit, ilmuan kita cepat merajuk dan mudah terasa hati – apabila orang tidak mahu dengar pandangan kita – kita berhenti kerja/kita tinggalkan set mortal yang tidak mahu menerima pandangan kita. Ini satu kerugian. Selepas ini mungkin dah tak ada lagi mortal2 yang dapat melihat pandangan2 kita tu. Rugilah kalau macam ni, sheikh. 🙂

    Allahualam bissawab.

  2. Salam.

    Sama ada MUFTI atau pun bukan mufti yg penting orang yang memperjuangkan Islam adalah mereka yang perlu benar-benar faham islam. ternyata jika jalan dakwah dan perjuangan itu mudah tentulah kita dah pun sampai ke akhirnya tetapi Tuhan sendiri yang menciptanya susah, berliku, penuh fitnah agar kita tahu perjuangan itu payah dan kerana kepayahan itu Tuhan memberikan kita anugerah.

    (…)

    Sama ada kita faham atau tidak faham, seorang manusia barangkali boleh bersuara tetapi tidak didengar. Boleh menulis tetapi tidak dibaca. Beruntunglah mereka yang suara dan tulisan mereka dijadikan sebab untuk orang lain bersuara dan menulis. Tentulah sukar hendak merintis ke arah itu. Kerana perjuangan ini, bukan kita yang mulakan. Dakwah ini baik suara mahupun pena adalah perjuangan ilmuan dan ulamak terdahulu yang mereka warisi daripada Nabi. Justeru, jika kita menurut jejak sama, toriqat yang sama pasti kita akan terus menerima apa ynag pernah pejuang-pejuang dahulu terima. Itulah sedikit mahar perjuangan. Madunya di syurga, bukan begitu?

    Akhi Masrawi.

  3. Alhamdulillah, Masya-Allah,

    Tak sangka akhi Sinaganaga bukan sahaja petah ‘bercerita’ petah juga menghidu kebobrokan dunia Islam kita. Tahniah dan selamat datang kembali ke laman maya ini. Lama benar tidak ke sini sejak blog sinaganaga meletup-letup.

    Ahlan wa sahlan Akhi Masrawi,

    Setuju dengan pandangan al-Akh. Teruskan menulis. Menanti pula sebuah novel!

  4. Semua perjuangan memang ada yang melawan, kalau tak ada, tak adalah namanya perjuangan.. Teknik melawan itu saja yang lain..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s