PETUA JADI ORANG

Tanda orang lupakan diri, tidak ingat lagi bahasa sendiri,
Tanda orang tidak amanah, bahasa sendiri dipandang rendah,
Tanda orang bodoh dan bebal, ke bahasa sendiri dia tidak kenal,
Tanda orang bebal dan dungu, berbahasa sendiri ianya malu,
Apa tanda orang yang dungu, ke bahasa sendiri dia tidak tahu,
Apa tanda orang yang malang, bahasa sendiri ianya buang.

Siapa bercakap kasar langgar, malangnya banyak celakanya besar,
Siapa berkata kasar langgar, budinya rendah imannya longgar,
Tanda orang tidak berbudi, bercakap suka tinggi meninggi,
Tanda orang berhati keji, bual selangit cakap meninggi,
Tanda orang buruk pekerti, bercakap selalu membuang budi,
Tanda orang tak berharga diri, bercakap dengan membuang budi.

– Kata Pak Tenas Effendy dalam Syarahan Raja Ali Haji yang bertajuk ‘Kearifan Orang Melayu Berbahasa’ di DBP.

Petikan kata-kata orang tua seperti ini harus menjadi peringatan kepada kita anak-anak ‘blog’. Gerun melihat dalam banyak blog (agama) bahasa kesat, carut-marut dan maki hamun dalam berhujah atau mempertahankan hujah atau mempertahankan tokoh-tokoh tertentu berleluasa digunakan. Ya, mentaliti kita masih ditakuk ketiga. Kita jarang berfikir sebelum menulis. Mudah tergelincir dan mudah berbuat dosa kerana bukanlah pahala kebaikan andai akal buruk mendahului amalan. Sumber gambar akhbar Utusan Malaysia 13 Oktober 2008 –al-Kurauwi

Advertisements

7 thoughts on “PETUA JADI ORANG

  1. Heheh selamat hari raya Zul. Saya ada menulis di blog ni mengenai Penulis blog atau goblok?

  2. Bahasa lama menjadi santapan jiwa melahirkan kesantunan rupa.

    Salam perkenalan buat ustaz yang melafazkan doa dengan baik sehingga menusuk ke hati saya pagi itu.

  3. Ahlan wasahlan Bayan,

    Masya Allah. Tak tahu Bayan datang berkunjung sekali. Kalau tidak, tentu dah pikat supaya jinak.

    Terima kasih terbang menyinggah. Singgahlah selalu.

  4. TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Sila layari http://www.layarbahtera.com . Terima Kasih

  5. BAHASA MELAMBANGKAN SESUATU BANGSA YANG BERIDENTITI

    Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada ustaz dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

  6. Walaupun wajahmu tidak kukenali tetapi, …
    ucapan selamat tetap menjadi doa harapan.
    Selamat Hari Raya Abby. Hari ini jangan lupa 1 Zulkaedah 1429 Hijriah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s